Murabbi Ummah Tan Sri Hassan Azhari telah pergi buat selama-lamanya… إنا لله وإنا إليه راجعون

Ustaz Hafiz - Pencetus Ummah

…إنا لله وإنا إليه راجعون

Baru dapat berita daripada sumber keluarga terdekat beliau… Tan Sri Hasan Azhari baru dijemput Allah jam 5 petang ini di HKL. Usia Tan Sri adalah 90 tahun. Semoga Allah ampuni, rahmati dan tempatkan beliau bersama hamba-Nya yang soleh…dengan berkat al-Quran yang diperjuangkannya..

Malaysia kehilangan Murabbi Ummah Tan Sri Hassan Azhari. .. Seorang pakar dalam Bidang al-Quran.

Mohon semua mendoakan beliau bersama para Nabi Rasul di Akhirat… Seperti mana di sebutkan dalam Hadith:

الماهر بالقرءان مع الصفرة الكرام البررة…

Saya mewakili Seluruh Warga Tahfiz dan PITAS di Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga dan memohon semua bersedia solat Jenazah esok di Masjid Negeri Shah Alam insyaallah.

Ramadhan lepas adalah memori indah dan penghargaan kepada PITAS ketika beliau menerima Anugerah Hamlah Al-Quran dari PITAS dan JPPI MAIS.

sumber; Ustaz Hafiz – Pencetus Ummah & Abdullah Bukhari Abdul Rahim

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*