Sukan Para Asia 2018;  مَاشَآءَاللّهُ Akhlakmu seindah namamu; atlit judo Indonesia rela tarik diri dari membuka tudungnya…

Hilmi Firdausi

مَاشَآءَاللّهُ  akhlakmu seindah namamu…

Setinggi-tinggi SYABAS dan TAHNIAH BUAT Miftahul Jannah…

Penjudo dari Indonesia ini bukan setakat CANTIK rupa parasnya bahkan akhlaknya juga seindah namanya. Beliau tidak sanggup menjual AGAMA hanya kerana mahu dibenarkan menyertai perlawanan dalam acara sukan Judo di kejohanan Sukan Para Asia.

Sungguh, bukan mudah untuk membuat keputusan demikian, namun anda telah membuat piliha yang tepat demi pertahan aurat.  Masih segar di dalam ingatan kata2 yang masyhur dari Khabib Normagomedov, juara MMA UTC;

‘Agama adalah perkara terpenting bukan sukan, Kita tidak boleh tinggalkan SOLAT dan perlu sentiasa berhubung dengan Tuhan’

Jika sekalipun engkau menanggalkan tudungmu dan menang pingat emas, namun apalah erti semua itu kerana ia telah mengundang dosa. Ketahuilah namamu lebih HARUM sekarang, kisahmu menjadi VIRAL di media sosial seluruh dunia kerana tidak lain dan tidak bukan ialah prinsipmu yang kental menahan diri daripada melanggar perintah Allah.

“Lebih banyak lega. Saya juga bangga karena sudah bisa melawan diri sendiri, melawan ego sendiri. Saya punya prinsip tak mau dipandang terbaik di mata dunia, tapi di mata Allah,” ujar Miftahul Jannah, (08/10/2018)

Image may contain: 1 person, textImage may contain: 2 people Image may contain: one or more people

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*