463 kes liwwat dari 2013 -2015 beri gambaran jelas perlunya bendung program merangsang maks1at

Dr Ahmad Sanusi

1. Seorang remaja (14 tahun) mengaku bersalah atas tuduhan meliwat rakan sekerja (16 tahun) dalam sebuah tandas pusat sukan di Mak Mandin, 18 Oktober lalu.

2. Pada tahun 2017, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa 55 peratus daripada keseluruhan 463 kes liwwat yang dilaporkan pada 2013 hingga 2015 melibatkan mangsa berusia bawah 16 tahun.

3. Insiden-insiden yang membimbangkan ini menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa perkara-perkara yang boleh menggalakkan kepada kemungkaran mestilah dibendung. Acara yang meransang kepada maks1at, program-program hiburan yang melampau mestilah dikawal.

4. Malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perlakuan yang ditegah agama ini mestilah menjurus kepada mencegah atau mengawal dan bukan dilihat mesra-dosa. Adalah lebih malang sekiranya perlakuan mesra-dosa pula dikategorikan sebagai rahmatan lil alamin.

5. Lihatlah bagaimana al-Quran menampilkan kisah Nabi Yusuf sebagai anak muda yang menjauhi dosa. Lihatlah bagaimana Rasulullah mendidik anak muda merasa sensitive dengan maksiat dan dosa. Tidak pula sarjana Muslim itu berkata: tidak mengapa kamu gay asalkan kamu tidak melakukannya.

5. Anak muda seharusnya diberikan gambaran yang jelas asas kefahaman Islam. Ingatlah bahawa generasi muda seperti ini yang akan membina negara akan datang.

Generasi bagaimanakah yang ingin kita bangunkan bagi menjaga agama dan negara ini?

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

sumber; Dr Ahmad Sanusi

Rujukan:
1- https://www.bharian.com.my/…/2018/10/4…/remaja-mengaku-liwat

2- http://www.utusan.com.my/…/remaja-14-tahun-mengaku-salah-li…

3- http://www.astroawani.com/…/infografik-statistik-kes-liwat-…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*