5 Simptom “Meroyan” Dan Resah Selepas Bersalin Yang Anda Tak Tahu

Malaysian Parenting and Motherhood advice

Masalah Kemurungan, Meroyan Dan Resah Selepas Bersalin

Ramai yang menyangka mengenalpasti tanda awal kemurungan selepas bersalin atau bahasa kasarnya “meroyan” dan keresahan (anxiety) adalah mudah.

Orang percaya individu yang mengalami masalah ini akan kelihatan murung dan suka menjauhkan diri. Tapi sebenarnya terdapat simptom ‘kecil‘ yang mungkin anda tidak tahu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, lebih 600,000 wanita mengalami masalah kemurungan selepas bersalin (PPD).

Ini tidak termasuk kes yang tidak disenaraikan! Ramai yang menganggap kemurungan selepas bersalin adalah teruk dan tidak normal, sedangkan ia wajar diberi perhatian.

5 Simptom “Kecil” Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang 

Tetapi tahukah anda terdapat simptom yang mungkin anda tidak tahu sebenarnya – yang menunjukkan tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

#1 ‘Brain Fog’

Keadaan di mana anda menjadi cepat pelupa. Ramai yang selalu bergurau dengan menggunakan ayat ‘wayar terputus semasa bersalin‘. Tetapi sebenarnya ia harus dipandang berat!

Kajian menunjukan yang kemurungan boleh memberi kesan terhadap memoriseseorang.Jika anda rasa sering kali terlupa sesuatu, anda mungkin mempunyai masalah memori dan ia mungkin ada kaitan dengan kemurungan.

#2 Berfikiran Negatif

Sering fikir untuk melakukan perkara negatif jika terjadi sesuatu? Contoh rasa ingin mencederakan anak anda jika dia menangis terlalu lama atau ingin melarikan diri dari semua orang?

Ini adalah contoh yang anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Ia bermakna anda memerlukan bantuan. Tak kiralah dari segi sokongan keluarga atau bantuan profesional.

meroyan

#3 Marah atau Baran

Anda perasan yang anda sering kali marah atau cepat sangat naik angin? Anda selalu mengamuk dengan pasangan atau rakan sekerja walaupun atas perkara kecil? Sentiasa rasa sakit hati dengan orang lain?

Sebenarnya, mudah marah adalah salah satu tanda kemurungan. Kemurungan akan membuatkan anda terlalu memendam rasa. Kemudian semua perasaan itu meletus menjadi kemarahan.

#4 Rasa Kosong

Kosong di sini bermakna, hati anda seperti kosong. Tidak mampu betul-betul merasai apa-apa perasaan. Sama ada perasaan empati mahupun emosi.

Seperti robot yang hanya bertindak tanpa perasaan dan emosi.

Seperti anda terputus hubungan dengan orang sekeliling yang buat anda rasa sesuatu, tidak lagi rasa teruja atau terinspirasi dengan perkara lain. Tidak mampu rasa apa-apa juga adalah tanda kemurungan selepas bersalin.

#5 Insomnia

Sukar tidur malam walaupun badan sudah lesu? Atau sebaliknya? Terlalu banyak tidur namun kelesuan itu tidak hilang-hilang. Sebenarnya, mental anda yang sedang penat, serta anda memerlukan bantuan.

Mengalami kemurungan bukanlah sesuatu yang patut anda malu serta biarkan saja. Anda harus mendapatkan bantuan.

Marilah sama-sama kita mengambil berat tentang kesihatan fizikal, mental malah emosi kita kerana anak-anak memerlukan ibu bapa untuk menjaga mereka.

Kalau kita tidak sihat, siapa yang akan menjaga mereka?

Sumber: healthyway

Kredit gambar: The Raeda Group

sumber; my.theasianparent.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*