[9 Foto] Mubaligh Kristian dikepalai seorang Mat Salleh sebar DAKYAH di kawasan Melayu! Siapakah di belakang mereka hingga begitu berani dan tidak menghormati perlembagaan negara?

Ziefenz Zee

Dalam kita bertelingkah dan enggan berkerjasama demi agama dan bangsa, mubaligh-mubaligh Kristian berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu menyebar dakyah mereka.

Aktiviti ini sebenarnya sudah lama berlangsung.Ini yang dapat dirakam oleh Pertubuhan Pembela Islam sekitar taman perumahan berdekatan Kampung Pandan yang boleh dikatakan seluruhnya penduduk beragama Islam.

Mereka dilihat datang dalam kumpulan lebih 20 orang kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan kecil berselerak sekitar kawasan perumahan tersebut.

Beberapa orang mubaligh dilihat menghala ke kawasan perumahan orang-orang Melayu. Dapat dilihat mubaligh ini cuba berdakyah dengan orang Melayu yang kemudiannya tidak melayan mereka.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: tree and outdoor

Setelah bersemuka, mereka cuba mengelak serta berdalih menyembunyi kerja jahat mereka. Mereka akhirnya beredar ke tempat mereka meninggalkan kereta mereka (di sekitar Taman Nirwana, Kg. Pandan) yang agak jauh dari tempat mereka menyebar dakyah Kristian mereka.

Satu lagi pecahan kumpulan ini turut merasa tidak selesa apabila kami merakam setiap tindak tanduk mereka dan akhirnya beredar dari kawasan itu.

Kumpulan lebih 20 orang berbangsa Cina ini dikepalai oleh seorang lelaki Mat Salleh.Kesemua mereka berjalan membawa beg yang berisi dengan risalah Kristian.

Image may contain: 1 person, standing and outdoorImage may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: sky, basketball court, house and outdoor

Image may contain: 1 person, tree, car, plant and outdoor

Kegiatan yg serupa yg membabitkan mubaligh Kristian yang terdiri dari 8 orang berbangsa Cina dan India bergerak dari rumah ke rumah mengedarkan risalah & ‘berkhutbah’ mengenai ajaran dlm kitab bible dikawasan perumahan Taman Seri, Telok Datok, BANTING.

Mereka mendakwa bahawa mereka adalah dari Persatuan Bible Malaysia (Bible Society Malaysia). Kumpulan ini diketuai lelaki India yang dikenali bernama Sam Jaster.

Kumpulan ini kemudian beredar setelah tidak selesa apabila beberapa penduduk bertindak menyoal siasat dan mengekori mereka. Mereka beredar dari kawasan taman perumahan dengan menggunakan (3) buah kereta.

Kelibat mereka turut di laporkan di lihat berkeliaran di Pinggiran USJ pula.Kali ini melibatkan sepasang warga asing (kemungkinan berasal dari Amerika Syarikat) bersama seorang berbangsa Cina.

Image may contain: house and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Menurut para sukarelawan pemantauan, mereka ini cuba menyebar risalah Kristian sambil berhelah mengatakan ia untuk diberikan kepada orang-orang Cina dan India.

Jika mereka ingin mengedarkan risalah ini kepada orang-orang Cina dan India kenapa perlu risalah tersebut diterbitkan dalam bahasa Melayu?.

Pantau dan pastikan kawasan anda selamat dari anasir-anasir jahat ini.Inilah yang disebut sebagai “sadduz zara’i” – menyekat segala punca dan pintu untuk berlaku sebarang pemurtadan.

link umber: Ziefenz Zee

Artikel terdahulu…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*