Adam Corrie turut respon kepada isu artis buka tudung…

AdamCorrie ohbulan.com

Respon Adam Corrie berkenaan artis yang buka tudung turut viral di media sosial… Pelakon K Gangster itu dalam perkongsiannya di Instagram turut berkongsi pegalamannya melakukan hijrah setelah menerima hidayah.

Semoga mejadi iktibar kepada kita semua…

 

Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”

Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat)

Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. pergi majlis ilmu.

Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita ke buat perkara yang tidak elok.

Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan.

Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah, kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.

Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus yang dari hati.

Senyum selalu,
Selalu bersangka baik,
InsyaAllah hati tenang…

#adamcorrie #bukanUstaz #CinaMuslim

sumber; adamcorrie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*