Ahli bomba membantu seorang wanita melahirkan bayi di dalam ambulans kemudian menjadikan bayi tersebut sebagai anaknya

http://www.erabaru.com.my

Sewaktu ahli bomba, Marc Hadden dan isterinya, Beth mengalami kerisauan sekiranya tidak akan berpeluang untuk mendapat cahaya mata ketiga, takdir telah menemukan pasangan penyayang ini dengan seorang anak perempuan bermata biru yang dinamakan Gracie.

Segalanya bermula pada November 2011 apabila Marc yang bertugas di balai bomba South Carolina menerima satu panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang sarat mengandung dan hampir melahirkan.

Sebaik sahaja wanita tersebut dimasukkan ke dalam ambulans, Marc mendapati wanita berkenaan akan melahirkan bayinya sebelum mereka sempat tiba di hospital.

Sebelum mereka sempat berbuat apa-apa untuk membantu wanita berkenaan melalui proses bersalin, Gracie sudah pun selamat dilahirkan.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Inside Edition

Setelah insiden mengejutkan ini berlaku, kedua-duanya segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada waktu itulah, Marc mendengar khabar angin bahawa bayi yang baru dilahirkan tersebut akan diberikan kepada sesiapa yang sudi menjadikannya sebagai anak angkat.

Memandangkan dia dan isterinya sudah lama mengidamkan untuk memiliki anak ketiga, Marc mengambil keputusan untuk menjaga Gracie seperti anak kandungnya sendiri.

Kredit: ©Facebook | Marc Hadden

 

“Kami sudah lama berdoa untuk ini. Kami mahu mengambil anak angkat kerana kami sudah tidak boleh mendapatkan anak. Kami juga sentiasa mengimpikan untuk mengambil bayi perempuan sebagai anak kami,” kata Marc kepada CNN.

Kredit: ©YouTube Screenshot | Inside Edition

Tanpa rasa ragu-ragu, mereka membuat permohonan penjagaan anak angkat dan dua hari kemudian, bayi yang dinamakan Rebecca Grace Hadden secara rasminya menjadi ahli keluarga Marc dan Beth.

Kredit: ©Facebook | Marc Hadden

Kini, Gracie sudah mencapai usia 6 tahun dan gemar bermain bersama abang-abangnya, Will, 14 tahun dan Parker, 12 tahun.

Malah, pasangan suami isteri ini juga tidak berniat untuk menyembunyikan kenyataan sebenar daripada pengetahuan Gracie.

Kredit: Marc Hadden

Menurut Marc, “Kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada Gracie. Jika anda tanya di mana dia dilahirkan, dia akan memberitahu bahawa dia dilahirkan di dalam ambulans dengan bantuan bapanya”.

“Gracie tahu segala perkara. Saya tidak mahu perkara ini mengejutkannya apabila dia mengetahuinya semasa dewasa. Saya masih perlu menjelaskannya dengan lebih mendalam kerana Gracie belum 100% faham akan realiti sebenar dan hal ini meruntun hati saya”.

Kredit: ©Facebook | Marc Hadden

“Hubungan kami sangat erat. Dia adalah sebahagian daripada keluarga ini dan kami amat menyayanginya… Kami tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku,” kata Marc.

Kredit: ©Facebook | Marc Hadden

Dengan jutaan bayi yang dijadikan sebagai anak angkat setiap tahun, ia boleh menjadi sukar untuk mencari calon ibu bapa angkat yang sesuai.

Namun, Gracie adalah seorang kanak-kanak yang sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyayangi dan menggembirakannya.

Kredit: ©Facebook | Marc Hadden

sumber; Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*