Akibat Pemandu Van Sekolah Yang Tidak Bertanggungjawab, Hidup Adik Aazad Ammar Berakhir Dengan Tr@gis

Mohd Fadli Salleh

“Cikgu. tolong tulis kisah arwah anak saudara ini agar pengusaha van/sekolah lain jadikan pedoman dan yang cuai hingga melayang nyawa anak saudara saya diambil tindakan.”

Tekun aku mendengar kisahnya. Kisah sedih yang baru sahaja berlaku kelmarin. Disiarkan juga oleh Berita Harian Online.

Kisah adik Aazad Ammar ini sangat tr@gis

Adik Aazad Ammar ini anak ke-tiga. Comel dan sangat baik orangnya. Umur pula sebaya dengan anak sulung aku. Baru berumur 8 tahun. Ammar pulang dari sekolah dengan van sekolah setiap hari. Setiap pagi pula, ibunya menghantar anak ini ke sekolah agama. Setiap hari sebelum turun kereta, anak ini bersalam dan memeluk ibunya seraya mengucapkan “I love you, ibu.”

Namun kelmarin, ungkapan itu merupakan kali terakhir yang si ibu dan ayahnya boleh dengar. Kerana kini, suara itu hanya memanggil dari syurga sahaja.

Sepatutnya, van sekolah mereka memasuki lorong depan rumah dan menurunkan anaknya disitu. Pemandu menurunkan murid-murid dijalan utama tanpa memikirkan risiko anak-anak itu kemalangan.

Kelmarin, tragedi berdarah menimpa…

Driver van berhenti di jalan utama lagi tanpa memasuki lorong kawasan perumahan. Lebih teruk lagi, pintu van yang dibuka itu menghadap jalan utama! Bukannya menghadap bahu jalan seperti biasa kenderaan menurunkan penumpang.

Sebaik pintu van ditutup, driver van terus memecut laju tanpa mengawasi pun murid-murid yang baru turun van itu.

Ammar yang bertubuh kecil itu sedang melintas di depan van, dan van sekolahnya sendiri yang melanggar dan menggilis tubuh kecil anak ini. Bukan hanya dilanggar, tapi digilis dengan dua-dua tayar depan dan belakang.

Pendarahan dan luka dalaman yang teruk

Mati serta merta ditempat kejadian akibat pendarahan dalaman. Saat darah merah mengalir dijalan raya, si ayah yang baru sampai di rumah berlari mendapatkan anak kesayangannya.

Dipeluk dipangku anak yang kini menjadi m@yat.

Aku perlukan bantuan kalian untuk sebarkan hal ini agar pengusaha van yang cuai itu diambil tindakan dan arwah adik Ammar dan keluarga mendapat keadilan.

Keadilan perlu ditegakkan. Pengusaha van yang cuai hingga membahayakan nyawa anak-anak kecil perlu diambil tindakan. Sama-sama kita sebarkan demi keadilan dan pedoman.

Kepada pengusaha van/bas sekolah yang lain. Jadikan kes ini pedoman ya. Ramai pengusaha van/bas sekolah yang aku kenal sangat bagus. Siap pimpin murid lintas jalan, pastikan mereka selamat dan buat mereka macam anak sendiri.

Aku rasa, kerajaan perlu wujudkan bengkel / kursus untuk semua driver van/bas sekolah tentang menjaga keselamatan penumpang-penumpang mereka.

Kalau lulus baru bagi lesen. Kalau tak, jangan bagi lesen. Kalau didapati cuai dan melanggar peraturan, denda yang berat dan tarik lesen mereka.

Buat keluarga adik Ammar, bertabahlah atas dugaan ini. Semoga dengan kasih sayang dan didikan kalian di dunia menjadi asbab tangan kalian ditarik oleh adik Ammar ke syurga.

Amin.

link sumber; Mohd Fadli Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*