Allahu Akbar. BPMS – Terengganu Walk The Talk!

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Bila sebut tentang BPMS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera, saya sangat ‘respect’ pada negeri Terengganu Darul Iman.

Negeri Terengganu yang baru ini dipimpin PAS telah membuktikan BPMS bukan sekadar cakap-cakap kosong malah telah mengamalkannya seawal hari pertama lagi menubuhkan kerajaan negeri.

1) Penyerahan kuasa bekas MB kepada MB yang baru berjalan dengan aman dan harmoni.

2) Kerjasama dengan Raja Bahrin (PH) yang mempunyai kepakaran arkitek untuk membina Terengganu.

3) Pembahagian peruntukan DUN yang sama rata untuk dun kerajaan dan dun pembangkang.

4) Kesediaan YB Dr. Azman untuk bekerjasama dengan YB Salahuddin Ayub (Amanah) atas portfolio yang sama – Industri Pertanian& Perikanan

5) Tidak membeza-bezakan antara rakyat yang mengundi pembangkang dan kerajaan.

Image may contain: 4 people, suit

Image may contain: 7 people, people smiling, suit

Mungkin ada yang tanya, penting ke BPMS ni? Apa yang bagusnya?

Terbukti negeri Terengganu merupakan negeri yang terawal dan terbanyak melaksanakan manifesto kebajikan untuk rakyat mereka.

  • Air percuma.
  • Karnival kahwin percuma.
  • Dana rakyat untuk Aidilfitri.
  • Dana bina dan baiki rumah.
  • Cukai pintu premis kediaman dihapuskan.

Nah. Apabila ahli politik saling berpolitik secara matang dan sejahtera, kebajikan rakyat lebih dikeutamakan. Ahli politik tidak membuang masa hanya mahu bergaduh dan berpolitik isu bahkan sama-sama bekerja untuk rakyat.

Semoga parti-parti politik di Malaysia dapat mencontohi budaya BPMS yang diamalkan PAS

Sekian. Menuju Malaysia Baharu!

sumber; Faizul Abas 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*