“Anak makcik suruh bagi pakwe dia masuk” – Anak Tinggalkan Mak Diluar Dewan Masa Konvo…

lobakmerah.com

Ibu ada insan utama yang gembira bila melihat kejayaannya, dia lah orang pertama yang pasti gembira bila melihat kita memegang segulung ijazah.

Tapi rasa sedih, kecewa, terkilan bahkan marah dengan kisah yang dikongsikan ini. Tak patut si anak melayan ibunya sedemikian rupa!

“Pak cik sorang je masuk, anak makcik suruh pakwe masuk tengok dalam”

Ramai netizen yang bengang dengan sikap anaknya, biarpun tak tahu siapa tetapi mereka sendiri dapat rasai kesedihan pada hati si ibu. Malah ada yang jenis sanggup tak hadir ke hari konvokesyen demi menjaga hati ibu dan ayah mereka.

‘Aku tanya makcik, tak masuk dalam tengok anak konvo ke? Sambil aku betulkan bunga konvo kat tangan aku…

Makcik jawab…’ Anak makcik suruh bagi pakwe dia masuk dalam tengok dia naik pentas…’ 

   

Orang yang menjaga kita dari kecil sampai dewasa adalah ibu bukan teman lelaki, jadi memang patut pun dia orang yang layak untuk menikmati hari bermakna itu. Macam-macam lagi hentaman netizen berikan, harap sikap sebegini dapatlah kita jauhkan.

sumber; lobakmerah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*