Anda Pasti Terkejut Bila Tahu Masjid Al-Aqsa Ada Di Thailand & Anda Pasti Lebih Terkejut Jika Tahu Siapa Penyumbang Pembinaan Masjid Ni…

http://wasiatpejuang.blogspot.my

Masjid al-Aqsa di Thailand.

Masjid yang di bina menyerupai hampir 100% bentuk masjid Al-Aqsa di Palestin yang terletak di Kampung Kubang Palot bersebelahan dengan Kolej Antarabangsa Ibnutech, Satun Thailand.

Menurut mutawif yang membawa kami ke masjid ini, ustaz Riduan Abu Bakar, keseluruhan rekabentuk masjid ini termasuk tulisan pada semua dinding masjid dan batu marmar yang digunakan pada masjid ini adalah 100% sama dengan masjid Al Aqsa yang sebenar kecuali sistem pembesar suara sahaja tidak boleh di tiru kerana menurutnya Masjid Al Aqsa di    Palestine tidak menggunakan pembesar suara moden tetapi suara azan didengari seperti menggunakan pembesar suara.

Mampu memuatkan hampir 500 orang jemaah di bahagian dalam, dan 2,000 orang jemaah di bahagian luar

Masjid ini di namakan dengan nama Masjid Muhammad al-Hashimi semperna nama penyumbang kos pembinaan masjid iaitu Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim, tokoh koperat dari Malaysia.

sumber; http: wasiatpejuang.blogspot.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*