Anda Suka Tidur Dalam Kereta, Ini Info Yang Anda Perlu Tahu….

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Berehat dalam kenderaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) atau tepi jalan adalah perkara yang biasa dilihat atau dilakukan oleh ramai orang bagi menghilangkan penat sebelum meneruskan pemanduan.

Namun tahukah anda perbuatan tersebut boleh mengancam nyawa? Hasil siasatan pihak berkuasa mendedahkan bahawa tidur di dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin terpasang adalah berbahaya dan risiko kehilangan nyawa boleh terjadi disebabkan keracunan gas monoksida (CO).

Apabila enjin pada kenderaan dihidupkan dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

Untuk pengetahuan semua, sifat gas CO ini tidak mempunyai bau. Oleh kerana itu, mangsa yang tidur tidak menyedari yang beliau sedang menyedut gas CO yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Bagaimana gas CO boleh membunuh? Gas CO ini akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen kepada sel-sel di tubuh badan manusia. Sel-sel tersebut akan mati apabila tidak menerima gas oksigen yang secukupnya.

Ia juga boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.

Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Ia adalah kerana kita berada dalam keadaan sedar dan jika berlaku perubahan suhu atau kebocoran, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Walaupun ada yang berpendapat menurunkan sedikit cermin kereta boleh mengelakkan keracunan gas, ia bukanlah satu tindakan yang tepat. Sebaik-baiknya keluar daripada kenderaan dan berehatlah di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik, selamat dan segar.

Pastikan juga penghawa dingin kenderaan anda diperiksa dan diservis mengikut jadual atau sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sekali bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Tagkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda supaya informasi ini dapat dijadikan peringatan dan panduan untuk semua.

Image may contain: one or more people and people sitting

Foto ihsan Google

sumber; Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )