Anda Tahu Apa Itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)? 2 x 5 = 10 Tidak Sama Dengan 5 X 2 = 10 ??? Mari kita lihat apa komen pakar…

Dr OT :

2×5=5×2=10

Ada yang minta saya komen foto ini. Memang jawapan tu semuanya betul dan tiada cacat celanya.

Saya berpendapat guru ini terikat dgn skema yang jawapnnya dibaca mengikut bilangan KOTAK (dibuat garisan hipotetikal empat segi) bukan bilangan BENDA… sedang pelajar melihat sebaliknya.

Dalam realiti spt yang disebok2kan dgn KBAT dgn kononya aplikasi ‘diluar kotak’…jika kita ditanya… ada 10 BENDA utk disimpan sama rata dalam KOTAK…. kita boleh kumpulkan dalam 2 KOTAK dgn 5 BENDA atau 5 KOTAK dgn 2 BENDA .. tak ada hal punya..

Murid tersebut telah menulis ayat matematik yang betul… patut mendapat markah PENUH !

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar :

Saya juga masih belajar tentang Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTS), dan meraikan konsep ini kerana kita tidak mahu rote-learning atau pelajar yang hanya memuntahkan hafalan pelajaran mereka. Namun saya berpendapat KBAT bukan bermaksud konten/kandungan pelajaran yang lebih tinggi dari usia pelajar, tetapi bagaimana pelajar berupaya mengaplikasikan apa yang mereka belajar dengan masalah semasa, sesuai dengan usia mereka.
Apabila konten yang diberikan lebih tinggi, maka teepaksa ibubapa mendapatkan bantuan tambahan seperti tuisyen. Kerana itu ramai yang masih memerlukan kaedah latihtubi seperti diamalkan KUMON bagi subjek seperti matematik dan bahasa. Bagi keluarga yang mampu, bolehlah. Bagaimana dengan mereka dari keluarga yang berpendapatan rendah?

Begitulah pengorbanan ibu ayah bagi membantu anak2 mereka mendapat yang terbaik. Justeru itu, apabila silibus kita direka dengan suatu bentuk yang memerlukan ibubapa turut sedikit sebanyak harus mempunyai latar belakang sains, matematik, english, physic, chemistry agar dapat membantu anak2, atau terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menghantar anak2 ke kelas tuisyen, saya sentiasa terfikir ibubapa yang kurang berkemampuan, yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi, pelajar-pelajar yang “average” yang asas mereka masih belum mantap. Mungkinkah minat mereka terkubur kerana sukarnya mengikuti silibus yang ‘skew/ condong kepada pelajar2 bijak?

Saya berharap pihak kementerian pelajaran dapat mengambil coretan saya ini sebagai maklumbalas yang positif dari seorang ibu yang melihat perkembangan dan respon berbeza anak – anaknya melalui perubahan silibus, dan sedikit pedagogi pendidikan sains/biologi perubatan.

gambar di atas, yang kesalahannya hanyalah kerana sususan nombor kumpulan dan bilangan kumpulan yang salah, walaupun jawapannya betul.

sumber; fb Dr OT/ fb Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*