Anda Tahu, Pada Hari Ini Genap 13 Tahun Bro Firdaus Wong Kembali kepada Islam. Ikuti kisahnya…

Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Melangkah masuk ke Pejabat PERKIM di Jalan Ipoh, saya dijemput masuk ke sebuah bilik. Sedang menanti saya adalah seorang lelaki India Muslim.

Namanya Ustaz Amran Abdullah. Senyuman dan penerangannya begitu mudah malahan memberitahu saya tidak perlu menukar nama jikalau mahu tetapi saya memilih untuk menambahkan nama.

Akhirnya, Alhamdulilah pada tanggal 10 Ogos 2005 di Bangunan PERKIM, saya mengucapkan dua kalimah shahadah. Masuk ke pejabat PERKIM sebagai bukan Muslim dan keluar darinya sebagai seorang Muslim.

Alhamdulilah, hari ini, 10 Ogos 2017, genaplah 13 tahun saya kembali kepada Islam. Jazakumullahu Khairan kepada anda yang banyak menyokong muallaf ini sehingga hari ini.

*Gambar waktu muka jambul tanpa janggut lagi. Haha..

sumber; Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*