Antibiotik dalam makanan ganggu bakteria baik dalam usus hingga dua tahun lamanya – Dr Rizal Abu Bakar

DrRizal Abu Bakar

Kajian saintifik. Dari Journal of Antimicrobial Chemotherapy. Apabila kita makan daging yang mengandungi antibiotik, ia turut masuk ke tubuh kita.

Dalam kajian lain di Journal Microbiology, antibiotik ganggu bakteria baik dalam usus hingga dua tahun lamanya.

Satu lagi kajian dapati pemanis tiruan sucralose membunuh 50% bakteria baik. Tinggikan nisbah bakteria jahat dalam usus. Seolah surat jemputan untuk penyakit mula berdempek.

Sucralose ini terdapat dalam air berperisa buah, ais krim, frozen yogurt, cheewing gum, coklat berperisa, jem, candy, minuman diet, “healthy” bar dan minuman berkarbonat.

Cuba semak, bila kali terakhir ambil antibiotik? Atau makan ayam dan daging ber antibiotik? Atau ambil makanan dan minuman mengandungi sucralose?

sumber; DrRizal Abu Bakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*