Apa Dah Jadi Dengan Sabah? 6 ADUN Umno, Upko Lompat Sertai WARISAN!

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan enam wakil dewan undangan negeri dari Umno dan Upko menyertai WARISAN.

Shafie menjelaskan beliau sudah berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk meninjukkan WARISAN mempunyai sokongan majoriti dan berkata terpulang kepada Yang Dipertua untuk meminta Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan.

Enam ADUN itu terdiri daripada empat ADUN Umno dan dua ADUN Upko.

ADUN Umno yang terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Sementara ADUN Upko yang terlibat adalah Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan).

WARISAN bersama sekutunya PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.

sumber; Malaysiakini

Enam Adun BN Sertai WARISAN

Enam ADUN BN Sabah mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Perkara itu dinyatakan dalam satu sidang media khas di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebentar tadi.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*