(Video) Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Radiohead Yang Sedang Diusahakan Datang Ke Malaysia Oleh YB Izzah

MyNewshub

MELALUI akaun Twitter rasmi, Nurul Izzah Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada netizen untuk menunaikan janji membawa kumpulan muzik Radiohead buat persembahan di Malaysia.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai TGA, mengingatkan janji Nurul Izzah itu untuk membawa kumpulan rock tersebut jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.

 Wakil rakyat Permatang Pauh itu membalas Tweet tersebut dengan menyatakan beliau akan memenuhi janjinya itu. Janji tersebut telah dinyatakan pada pertengahan 2013 dalam sudut wawancara bersama majalah Esquire.
www.mynewshub.cc/

sumber; www.mynewshub.cc

Sementara itu Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin pula melalui laman FB memuatnaik status berkenaan dengan isu Radiohead;

Bolehkah saya bertanyakan soalan ?

Apakah objektif Nurul Izzah mahu membawa kumpulan rock Radiohead ke Malaysia?

Adakah ini keperluan, apatah lagi keutamaan kepada generasi muda Malaysia di saat Ini?

Memang saya maklum bahawa sebelum PRU14 lagi telah ada banyak konsert rock di Malaysia.
Ini bukan soalan politik, saya hanya mahu memahami halatuju sebenar pemimpin Malaysia Baharu pasca PRU14.
Masa depan generasi muda seharusnya menjadi keutamaan (Jangan warisi apa yang tidak elok di zaman BN).
Oklah, selamat berpuasa.
Mari saksikan klip video yang di pages AJ+ di bawah;
sumber; AJ+

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*