Apakah batal solat makmum yang sujud terlalu lama dalam sujud terakhir?

Fimela.com

SOALAN.

Apakah batal solat makmum yang sujud terlalu lama dalam sujud terakhir hingga imam telah selesai membaca selawat dalam tasyahud.?.

JAWAPAN

1. Seorang yang solat apabila ia menjadi makmum maka ia telah mengikatkan solatnya dengan solat imam. Apabila imam melakukan satu rukun maka makmum itu perlu melakukan rukun tersebut.

Sabda nabi saw :

إنما جعل الإمام ليؤتم به، فلا تختلفوا عليه، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا.

Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka janganlah kamu berselisih dengannya. Apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, jika dia ruku’ maka hendaklah kamu ruku’.

[ HR al-Bukhari, Muslim ]

2. Makmum yang melengahkan perbuatan mengikut imam tanpa ada apa-apa keuzuran maka makmum tersebut telah MELUPUTKAN SUNNAH. Namun solatny TIDAK BATAL melainkan apabila terlambat dua rukun fe’liy.

Didalam kitab مغني المحتاج juz.1 hlm.506 ada menyebut :

أَمَّا إذَا تَخَلَّفَ بِدُونِ رُكْنٍ كَأَنْ رَكَعَ الْإِمَامُ دُونَ الْمَأْمُومِ ثُمَّ لَحِقَهُ قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوع … لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ قَطْعًا.

Adapun jika tertinggal makmum dari imam kurang dari satu rukun ( rukun fe’liy ) seperti imam telah rukuk makmum tidak rukuk lagi , kemudian makmum rukuk sebelum imamnya angkat kepalanya dari rukuk maka tidak batal solat makmum, tanpa ada khilaf.

Kata imam an-Nawawi didalam kitab منهاج الطالبين hlm.42 :

أو بركنين بأن فرغ منهما وهو فيما قبلهما فإن لم يكن عذر بطلت.

Atau makmum tertinggal dari imam sebanyak dua rukun, iaitu imam telah selasai mengerjakan dua rukun, sedangkan makmum masih lagi berada dalam rukun yang sebelum dari dua rukun tersebut, jika tidak ada keuzuran maka BATALLAH SOLAT MAKMUM.

KESIMPULAN

Tidak batal solat makmum yang sujud terlalu lama dalam sujud terakhir hingga imam telah selesai membaca selawat dalam tasyahud, kerana tidak sampai dua rukun fe’liy, namun perbuatan tersebut adalah menyalahi sunnah.

والله أعلم بالصواب

أبو أسامة محمد حنفية

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

link sumber; Pok Wan Binjai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*