Artis Diana Amir harap lakonan lama tidak disiar semula kerana…

http://www.kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pelakon, Diana Amir berharap pihak stesen televisyen tempatan mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem-filem lamanya sewaktu zaman dirinya belum bertudung.

Mengakui dia tidak mempunyai hak untuk menghalang namun jika ia boleh dielakkan, Diana atau Nurdiyana Amir Hisham, 31, amat berterima kasih dan menghargai tindakan tersebut.

“Secara jujurnya saya malu apabila melihat semula diri saya pada zaman yang saya cuba untuk lupakan.

“Ada juga peminat yang terkejut terutama peminat baharu jika terlihat lakonan-lakonan lama saya di televisyen namun saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM) di De Palma Hotel, Shah Alam, sebentar tadi.

Tambah Diana, jika dia terbaca komen tentang lakonannya yang lama, dia sebolehnya akan memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini mula berhijrah dan bertudung sejak tahun 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*