Astaghfirullahal’aziim. Ada Netizen Yang Pertikaikah HIJRAH Adam Corrie – ‘Wayang Je Dia Ni’…

http://ohbulan.com

Adam Corrie Lee sememangnya antara personaliti yang mendapat perhatian netizen kerana kisah penghijrahannya sebagai saudara baru. Perkongsian pengalaman memeluk agama berkenaan memberi perspektif berbeza kepada mereka yang sudah dilahirkan sebagai Muslim.

Baru-baru ini, Adam Corrie meluahkan kekesalannya apabila ada sesetengah pihak yang mempersoal pengislamannya dan mengatakan tindakan itu dibuat untuk kepentingan sendiri.

‘Wayang je dia ni’

Perkara itu diluahkan di Twitter miliknya. Suara-suara sumbang mengatakan dia mengucap dua kalimah syahadah adalah satu ‘wayang’ semata-mata. Pihak berkenaan menuduh dia sengaja berbuat demikian untuk mendapat keistimewaan sebagai Bumiputra.

Menurutnya lagi, mualaf yang mengucap akan menangis terharu kerana kembali kepada fitrah. Syahadah yang diucapkan bukan sekadar ucapan tapi ada maksud mendalam disebaliknya.

Bukan sekadar ucapan

Ujarnya lagi, ucapan syahadah perlu diperbaharui setiap hari kerana ianya penting kepada seseorang Muslim. Ucapan pengakuan sebelum secara rasmi memeluk Islam itu semuanya bermula dari hati.

Selain itu, aktor yang dikenali dengan watak antagonis ini juga menegaskan, jika jika tidak ada perasaan getaran ketika menyebut nama Allah dan syahadah, berkemungkinan ada masalah dengan hati.

Bagi inspirasi pada sahabat mualaf

Menurutnya lagi, perkongsian di media sosial itu dibuat untuk dijadikan inspirasi kepada saudara baru di luar sana. Tambahnya semua orang boleh berubah menjadi Muslim yang lebih baik.

Sumber: Adam Corrie Lee

link sumber; http://ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*