Astaghfirullahal’aziim. Hentikanlah Sebar Foto Kematian Ngeri (Yang Terdedah Aurat) Arwah Adik Nur Afini. Seeloknya Doakan Kebaikan Kepada Beliau & Keluarganya.

www.accidentportal.com

Gemas : Kematian ngeri Arwah Adik Nur Afini Roslan, 14, yang meninggal dunia dengan tragis dipadang sekolah nya menjadi viral apabila gambar-gambar ngeri tempurung kepalanya terputus akibat terkena mata mesin jentera pemotong rumput disebar kelaman sosial dan aplikasi Whats App tanpa ada perasaan bersalah dan simpati nasib arwah dan kesedihan keluarga arwah.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Komunikasi meminta orang ramai hentikan penularan gambar-gambar menyayat hati membabitkan seorang pelajar perempuan yang maut akibat terkena pisau traktor mesin pemotong rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari melalui status di laman sosial Facebook berkata, penularan gambar bukan sahaja tidak menghormati mangsa malah turut menjejaskan emosi ahli keluarga yang sedang dalam kesedihan.

 

Jailani pada masa sama melahirkan rasa sedih dengan kejadian menimpa malah turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena pisau traktor mesin rumput di padang sekolah terbabit.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nur Afini Roslan, 14 tahun, manakala dua yang cedera ialah Abdullah Hazlan, pelajar Tingkatan Dua dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, pelajar Tingkatan Satu berusia 13 tahun.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

Semoga ayah arwah dan keluraga nya tabah minta sesiapa yang memilik gambar-gambar ngeri kematian arwah Adik Afini dibuang agar rohnya tenang disana.

sumber; www.accidentportal.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*