Astaghfirullahal’aziim. Ini 6 Sebab Mengapa Bekas Menteri Saran Sekolah Tahfiz Ditutup!

Mkini
DUA MENTERI BOLEH BANTU MAHATHIR KEARAH PENGISLAMAN YANG DINAMIK
Pertama sekali saya mengalu-ngalukan kenyataan   Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menjawab pertanyaan umum apakah langkah kerajaan untuk mengawal sekolah-sekolah  Tahfiz berikutan dengan tragedi dahsyat kebakaran yang membunuh lebih 20 orang pelajar tahfiz di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.
Kajian dan siasatan telah dijalankan oleh beberapa pihak termasuk Kementerian Pelajaran  tetapi  sepi kerana kerajaan BN pimpinan Najib tidak berani menyentuh senstiviti agama dan  tidak pernah diumumkan secara terperinci apakah langkah seterusnya yang akan diambil. Kajian itu terus terbenam bersama terbenamnya kerajaan BN . Jabatan-jabatan agama  yang terlibat juga mendiamkan diri seolah-olah mahu melepaskan diri dari tanggungjawab ini.
Provokasi saya telah menghasilkan jawapan yang ditunggu oleh masyarakat Islam di negara ini yang semakin ramai memandang serong dan negatif terhadap sekolah-sekolah tahfiz persendirian. Masih tidak ada kawalan berkesan terhadap pertumbuhannya.
Langkah kerajaan untuk mengawal selia sekolah-sekolah tahfiz supaya tidak terasing daripada sistem pendidikan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan oleh Dr.Mujahid,  itulah yang menjadi harapan masyarakat Islam di negara ini.
Kejayaan sekolah tahfiz  melahirkan huffaz profesional adalah terpencil tetapi banyak anak-anak  kita  yang akan menjadi korban dan membuang masa di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang masih di luar kawalan.
Saya ingin menarik perhatan Dr. Mujahid   sebab yang mendorongkan saya supaya ditutup dulu semua sekolah tahfiz persendirian  di negara ini  kerana menjadi perdagangan ustaz-ustaz.
Antaranya:
1. Seorang rakan peguam saya di Pulau Pinang  mempunyai kes aduan seorang ustaz telah menukarkan tanah yang diwakafkan kepadanya tanpa surat perjanjian untuk membuka sekolah tahfiz telah menukarkan tanah itu menjadi miliknya. Kes belum selesai dan banyak lagi kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa mengambil kesempatan dari sentimen agama.
2-  Murid- murid sekolah tahfiz  digunakan untuk menjual  buku-buku agama  dan mengutip derma dari orang ramai. Banyak   menunggu di hadapan bank-bank atau mengutipnya  di kedai-kedai mamak dan juga dari rumah ke rumah- suatu cara yang dijalankan oleh Al-Arqam yang telah diharamkan suatu masa dahulu.
3-Ibu bapa yang telah berjaya dalam hidup termasuk dari kalangan profesional menghantar  anak-anak mereka ke sekolah tahfiz dengan kepercayaan mempunyai anak huffaz  akan membantu membasuh dosa mereka dan jika mati, mayat tidak akan hancur.
(Mayat Stalin dan juga Mao Zedong tidak hancur di simpan di mousoleum di Moscow dan Beijing). Mayat sami Buddha yang terkenal juga disimpan di Thailand dan dikeluarkan sesekali untuk tontonan ramai. Apa perlunya mayat tidak hancur?)
4-Banyak tragedi  telah berlaku di sekolah-sekolah agama bukan kerajaan. Selain dari kebakaran dan  kemalangan juga penderaan, hukuman dan tekanan dalam  pembelajaran kerana ustaz-ustaz tidak mempunyai  latihan pendidikan yang sempurna dan profesional. Anak-anak  yang masih muda membuang masa di sekolah-sekolah ini  yang tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan  akademik yang  moden.
5-Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz  berlaku setelah ustaz-ustaz  yang tidak mempunyai nilai ekonomi menyedari inilah  satu cara yang mudah untuk mendapatkan sedekah  atau  memperdagangkan agama. (Ini juga akan diwarisi oleh murid-murid mereka yang juga nanti tidak mempunyai nilai komersial)
6-Pejabat-pejabat agama negeri tidak berani bertindak kerana senstiviti agama dan menghormati orang-orang yang berjubah dan berkopiah putih.
Pimpinan BN Tun Dr. Mahathir dahulu  berani mencabar senstiviti pemimpin-pemimpin agama, ulama-ulama yang tidak relevan dan juga tokoh-tokoh politik Islam yang karut dengan  tujuan ikhlasnya  untuk mengubah pemikiran umat Islam negara ini ke arah  kemampuan menghadapi cabaran zaman  dengan membina pendidikan agama dan indoktrinasi  Islam yang bersifat universal, progresif, dinamik dan  profesional.
Beliau membina  institusi-institusi   Islam yang bertujuan  membangunkan imej Islam tidak sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam di negara ini.
Tetapi apabila beliau bersara tidak ada lagi Perdana Menteri yang sanggup  memerangi aliran pemikiran  Islam yang jumud, kolot dan  mundur ke belakang di dalam bidang politik, ekonomi dan keilmuan. Program agama di TV dan radio mengutamakan komersial dan menjalankan indoktrinasi doa dan doa untuk ke syurga serta mengutamakan.
UMNO tunduk kepada hukum hudud PAS yang menyebabkan orang bukan Islam terutama MCA merasa mereka dikhianati oleh UMNO yang menjadi kawannya sekian lama dan orang Cina menolak UMNO.
Alhamdulillah setelah Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, beliau mendapat dua orang Islamic Scholars yang dinamik dan progresif  iaitu  Menteri Pelajaran Dr. Mazlee Malik dan Menteri Agama Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
Mereka boleh meminta bantuan untuk memajukan Islam yang sihat  daripada interlektual Islam yang terhormat di negara ini  seperti Pakar Motivasi Dr.Mohd Fadzilah Kamsah, Mufti Perlis Dr. Maza,  Bekas Ketua Pengarah IKIM Dr.Ismail Ibrahim  dan bekas Pengerusi Bank Islam Dr. Abdul Halim Ismail.
Saya percaya kedua orang menteri ini yang mempunyai latar belakang akademik yang seimbang, boleh menjadikan diri mereka sendiri sebagai contoh pembinaan masyarakat Islam(role model) yang berkualiti dan  terhormat di negara ini.
Adalah menjadi harapan saya agar program -program  agama TV dan Radio harus mempunyai penasihat yang tidak berasaskan doktrin doa dan doa sebagai jalan ke syurga dan komersial semata. Cabaran zaman sekarang tidak boleh hanya di jawab dengan doa dan doa sepanjang masa. Doa tanpa usaha adalah khayal dan usaha tanpa doa adalah bongkak.
Jalan ke syurga  bagi anak-anak Islam masa depan adalah  dengan pencapaian cemerlang dalam semua bidang ilmu termasuk penguasan Bahasa Inggeris yang baik yang boleh meninggikan martabat orang Islam di negara sendiri.
Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama. Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu. Orang kita tidak berani berterus terang dalam hal ini kerana menyekutukan Arab dengan agama. Anak-anak Melayu lebih maju di bidang  profesional dari orang Arab yang maju dalam bidang berbunuhan sesama sendiri.
sumber; zamkata.blogspot.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*