ASTAGHFIRULLAHAL’AZIIM. Seorang Melayu Di Pulau Pinang Ini Adalah Penyokong Tegar Yahud1 Rampas Bumi Baitul Maqdis Daripada Palestin.

http://www.mynewshub.cc

ISRAEL merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, menghormati hak sama rata dan mempertahankan kebebasan beragama, puji seorang anak Malaysia, Muhammed Yusoff Rawther.

Tulisan si pemuda Melayu yang berasal dari Pulau Pinang ini diterbitkan Israel National News bertajuk ‘Seorang Anak Malaysia, Berdiri Bersama Israel tular dalam kalangan netizen seluruh dunia khasnya penyokong Zionis.

Ramai pengguna media sosial terutama aktivis Yahudi memuji keberanian warga Malaysia ini sanggup berdiri teguh mempertahankan rejim Israel yang memerintah negara haram itu termasuk misi suci untuk menawan Baitulmaqdis.

Muhammed Yusoff dalam penulisannya yang sebelum ini pernah diterbitkan oleh sebuah portal propembangkang tempatan, bagaimanapun telah dipadamkan hanya beberapa jam selepas dikongsikan meluas kepada umum.

Dalam artikelnya itu, beliau membuat dakwaan konon rakyat Palestin adalah pengganas yang tidak ingin proses keamanan dan pada masa sama memberi gambaran tindakan Israel dalam mempertahankan hak kedaulatannya.

Ini termasuk penggunaan kereta kebal moden dan senjata berat canggih untuk bunuh penduduk awam Palestin buat tunjuk perasaan bantahan sambil beliau merujuk langkah biadab Israel itu sebagai pihak yang cinta keamanan.

“Media secara tipikal memberi gambaran bosan bahawa serangan ke atas Palestin adalah “kekecewaan terhadap ketiadaan perkembangan ke arah keamanan” seolah-olah keamanan pernah menjadi matlamat pihak pengganas.

“Pada masa yang sama mereka (media anti-Israel) memberi gambaran bahawa tindakan Israel mempertahankan kedaulatannya adalah konon satu bentuk serangan ke atas penduduk awam yang menyokong keamanan.”

Ikuti pautan ini untuk detail suratya kepada yang disiarkan portal Israel

Pada masa yang sama, Mohammed Yusoff juga menyatakan bahawa konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang munafik semula jadi kerana bersikap untuk pilih kasih dalam isu konflik Palestin-Israel ini.

“Ahli-ahli politik Malaysia termasuk Najib, telah membuktikan kemunafikan semula jadi mereka dengan pilih kasih dalam isu ini,” tulisnya merujuk kelantangan pemimpin negara pertahan kesucian Baitulmaqdis milik umat Islam.

Menurut Muhammed Yusoff lagi, Baitulmuqaddis konon merupakan kawasan majoriti penduduk Yahudi sejak lebih 200 tahun lepas dan tuntutan bangsa Arab Palestin ke atas kawasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Baitulmaqdis pernah menjadi ibu negara kepada tiga pemerintahan, kesemuanya Yahudi sejak 3,000 tahun lalu dan telah memiliki majoriti penduduk Yahudi yang baru semenjak pemerintahan Uthmaniyah pada dekad 1800-an.

“Bangsa Arab Palestin tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Baitulmaqdis, menjadikan dakwaan mereka ke atas bandar itu sesuatu tidak masuk akal,” tegas Muhammed Yusoff sekali gus menafikan fakta sejarah lama.

Beliau dengan nada angkuh juga mendakwa bahawa konon hak sama rata di Baitulmaqdis hanya dapat dilaksanakan setelah kawasan itu ditawan oleh rejim Zionis pada 1967 walhal semua maklum apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Hanya setelah Israel menyatukan bandar itu terdapat hak sama rata dan laluan kepada kawasan suci itu untuk penganut semua agama,” tulis Muhammed Yusoff bagi menghalalkan pendudukan haram peneroka Yahudi di situ.

Israel ujarnya ada tuntutan sah ke atas kawasan yang ditaklukinya pada 1967 kerana tempat itu konon diperoleh dalam keadaan mempertahankan kedaulatan Yahudi dan perkara ini selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Israel mempunyai tuntutan tambahan yang sah ke atas tanah diperoleh selepas 1967 kerana tanah ini diperolehi dalam peperangan defensif, selari dengan undang-undang antarabangsa,” kata Muhammed Yusoff lagi.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa Israel sedang cuba sedaya upada untuk memperbaiki keadaan dan sebenarnya umat Palestin yang enggan hidup dalam keamanan serta tidak bersedia untuk bekerjasama di meja rundingan.

“Pada dasarnya, apa yang Israel boleh buat adalah untuk mengurus situasi, dan perkara telah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh negara itu. Bangsa Arab Palestin sebaliknya tidak berminat untuk merealisasikan keamanan.

“Mereka juga tidak bersedia pun untuk bekerjasama di meja rundingan,” kata Muhammed Yusoff. Setakat ini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat pemuda ini sama ada memang betul atau sengaja direka atas tujuan tertentu.

Namun, baru-baru ini netizen tempatan pernah dikejutkan dengan artikel disiarkan oleh portal antikerajaan yang memuji Israel dan mengutuk Palestin termasuk mendakwa konon Yahudi lebih berhak ke atas tanah didudukinya.

sumber; http://www.mynewshub.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*