Awas; Berhati2 bagi saudara mara @ kenalan menumpang tidur di rumah!

Malaysian Access

Umurnya baru 13 tahun. Mula melakukan hubungan seks dari umur 12 tahun. Kekerapan melakukan seminggu 2 kali. Hubungan seks dilakukan bersama lelaki berusia 37 tahun. Di dalam laporan polis, dinyatakan suka sama suka.

Ketika dihantar ke sini, dia menangis. Di cuba melindungi lelaki tersebut. Lelaki itu kata nak bertanggungjawap. Saya tidak tahu rupa mana cara bertanggungjawap tu. Nak bernikah , umur baru 13 tahun.

Bukan sumbang mahram. Dengan lelaki yang dikenali. Tinggal serumah. Malam malam tidor di ruang tamu dan melakukan hubungan seks juga di ruang tamu itu. Pandai cari peluang. Melakukan hubungan seks waktu malam apabila emak bapa sudah masuk bilik tidur.

http://ww1.kosmo.com.my

Emak bapa langsung tidak tahu. Pandai sembunyi. Sehinggalah terbongkar apabila melihat perubahan bentuk tubuh badan. Perkara disedari apabila kandungan sudah 6 bulan.

Tujuan saya cerita supaya emak bapa diluar sana berhati hati, beringat ingat dalam menjaga anak perempuan masing masing. Sekarang ni emak bapa yang kena berawas dengan sesiapa sahaja. Tambah tambah jika ada lelaki lain yang tumpang tinggal serumah.

Elakkan ada lelaki asing menumpang di rumah walaupun saudara mara, sepupu sepapat, sebabnya waktu malam atau waktu emak bapa tidak ada di rumah , lelaki yang tumpang bebas keluar masuk rumah kita , sedangkan kita ada anak perempuan.

Jangan sangka anak perempuan umur 10 tahun tu kanak kanak yang tidak ada nafsu. Memang mula mula mereka ingat itu cuma permainan yang mengasyikkan. Tambahan jika kanak kanak itu merasakan pelukan itu seperti pelukan ayah dengan anak kerana anak ini memang dahaga kasih sayang bapa kandung. Emak bapa bercerai. Hubungan bapa tiri dan anak tiri terbatas. Bapa tiri menjaga batas dirinya dengan anak tiri.

Image result for sumbang mahram
Jabar Publisher

Memang permulaan apa yang kanak kanak itu rasa ialah bapa peluk anak. Tetapi bapa itu melanggar batas apabila tangan menjalar menyentuh alat sulit dan membelai sampai timbul keasyikan dan meransang nafsu. Akhirnya anak itu betul betul merasakan ia sebuah permainan. Bukan paksaan.

Bila emak tahu, menyesal sudah tidak berguna. Marah tidak ada akhirnya. Terseksa jiwa raga apabila orang yang kita tumpangkan khianat.

Berawas dalam membantu sesiapa pun.

sumber; Baitus Solehah