BEDAK TALKUM SEBABKAN KANSER? – Dr. Hafiz Sulaiman

hafizsulaiman

Syarikat J&J pengeluar produk talkum

Kalah saman RM1.78 billion beberapa hari lepas

Bulan May, syarikat ini kalah saman RM470 juta.

Tahun lepas kalah RM235juta dan RM307juta..

Semuanya kes mengaitkan kanser ovari dengan penggunaan talkum bayi ini pada kawasan kemaluan dan peha. Wanita banyak menggunakan talkum di kawasan ini supaya selesa dan tidak melecet.

Kajian saintifik walaupun banyak menunjukkan kaitan dan teori, adalah tidak konklusif kerana kajian yang kukuh menjalankan eksperimen manusia adalah tidak beretika.

Menurut Dr Daniel Cramer, seorang saintis Harvard.. terdapat kes di mana seorang wanita penderita kanser ovari yang menggunakan talkum ini selama lebih 30tahun. Pemeriksaan dan ujian mendapati talkum ini berada di dalam kelenjar, rahim dan juga ovari (kilang telur). Teori yang mungkin ialah talkum ini meresap ke organ-organ kewanitaan, menyebabkan radang dan stres dalam yang menjurus ke arah kanser ovari.

Walaupun syarikat menyatakan kajian saintifik menunjukkan tiada kaitan, National Cancer Institute menyatakan “tiada bukti jelas” talkum menyebabkan kanser

Apa pun yang pastinya, talkum bayi ini memang bahaya kepada bayi. Hanya sedikit talkum yang diperlukan untuk merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil menurut American Academy of Paediatic (AAP).

Bayi yang berisiko dan sensitif sistem pernafasan seperti yang menghidap sakit jantung sejak lahir, bayi pramatang dan menghidap jangkitan kuman RSV juga dinasihatkan tidak menggunakan talkum.

Akhir kata oleh kerana kajian kukuh hampir mustahil dilaksanakan oleh sebab etika kajian, kita perlu beringat-ingatlah.. Badan anak atau badan sendiri, terpulang lah kebijaksanaan diri dan keluarga masing-masing membuat pilihan.

Nak makan sotong  celup talkum pun aku tak larang

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*