Benarkah Bila LHDN Kenakan Cukai Untuk Google & Facebook, Kita Sebagai Pengguna Juga Turut Terkena Cukai?

Ayman Rashdan Wong

Kalau sekali baca kenyataan TPM, tak terbayang pun ia membawa maksud “cukai dikenakan ke atas pengguna Google dan Facebook”.

Samada ia cukai ke atas syarikat Google dan Facebook atau cukai ke atas pengiklan Google dan Facebook. Bukannya cukai ke atas orang yang login Facebook untuk meroyan.

Sebabnya mudah: takkan Google dan Facebook je kan? Habis Twitter, Instagram semua kenapa tak perlu bayar? Yang korang meroyan tak tentu pasal sebab tak sedar pun Google dan Facebook tu nama syarikat. 

Kalau korang menjana pendapatan melalui Google AdSense atau Facebook Ads, bolehlah faham kalau nak meroyan pun. Ni bukan, yang tak ada kena mengena pun nak buat ayat touching.

Tu lah padahnya apabila nafsu meroyan tu kuat sangat, belum apa-apa dah meroyan. Terlalu banyak ber-Google dan ber-Facebook sehingga hilang common sense. Itu pun tak faham, tapi ada hati nak komen pasal IQ orang.

“Fikir Dahulu Sebelum Meroyan”
“Kata Orang Tua, Memberi Pendapat Berpada-pada, Meroyan Jangan Sekali”

sumber; Ayman Rashdan Wong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*