Benarkah Petua Ini Dapat Hindarkan Cacing? Jangan Buat Malu Dengan Cacing!

Public Health Malaysia

Mengapa cacing tersenyum melihat perkongsian ini?

Cacing adalah antara haiwan yang memiliki otak paling ringkas di dunia. Otak cacing merupakan gabungan 300 neurons yang berhubung dengan kulit dan ototnya. Ia boleh mengesan cahaya, getaran, rasa dan mengawal pergerakan otot badannya.

Sebagai perbandingan, otak semut ada 250 ribu neurons, burung merpati ada 300 juta neuron dan kucing ada 760 juta sel otak.

MANUSIA adalah sebaik baik ciptaan dengan 100 billion sel neurons!

Melihat beribu ribu netizen berkongsi petua seperti ini https://web.facebook.com/ummu.zahra.5/posts/1699385960103808membuatkan haiwan dengan 300 neurons ini tersenyum lalu berkata,

“Manusia sekalian, ini perkara mudah yang tidak memerlukan 100 billion sel untuk berfikir, kami (cacing gelang & cacing pita) berkampung di dalam usus manusia, rawatan dalam bentuk mandian TIDAK akan mampu membunuh kami”

Usah jadi bahan ketawa cacing, gunakan sel otak yang berbilion bilion ini sebaik mungkin!

sumber: Public Health Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*