Berhati-hati jika anda suka merokok dlm tandas!

MANGSA yang cedera akibat letupan kecil ketika menyalakan rokok dalam tandas di sebuah hotel di Genting Highlands. - Foto Ihsan JBPM Pahang

 

BENTONG: Seorang lelaki cedera di muka akibat letupan kecil ketika menyalakan api rokok di dalam tandas sebuah hotel di Genting Highlands, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa berusia dalam lingkungan 40-an melecur di bahagian muka dan dihantar ke Hospital Selayang, Selangor untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Kanan Bomba, Yusri Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 11.09 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati ada kesan letupan dan sedikit kebakaran.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian mangsa sudah dibawa ke hospital dan kami difahamkan tandas berkenaan terletak di tingkat bawah dan ia hanya untuk kegunaan kakitangan hotel sahaja. “Namun ketika kejadian, tandas berkenaan tidak digunakan kerana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini

Difahamkan, mangsa masuk ke tandas itu untuk menghisap rokok dan sebaik api dinyalakan, berlaku letupan kecil sehingga mencederakan mangsa. “Kita tidak menolak kemungkinan letupan berkenaan berlaku hasil tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas berkenaan.

“Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kuantan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mengenal pasti punca,” katanya. Yusri berkata, letupan itu turut menyebabkan kerosakan pada bahagian dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/270844

 

# Sila “Like” dan “Follow” page “sepatuputih” untuk lebih banyak bacaan yg bermanfaat.  Jangan lupa “Like” & “Share” juga setiap artikel supaya kebaikan akan terus berputar di dunia siber dan semoga  menjadi “pahala jariah” buat anda.  Sokongan kalian semua amat dihargai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*