Bicara Dari Bilik May@t; Misteri Kemat1an.. lazimnya terjadi mengikut kebiasaanya yang dilakukan dalam hidup seseorang…

Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia

Ketahuilah, bahawasanya kematian itu lazimnya akan terjadi mengikut apa yang biasa seseorang itu lakukan dalam hidupnya.

Berapa ramai ahli ibadah yang dicabut nyawanya disaat sedang beribadah.

Berapa ramai pemabuk yang dicabut nyawa di saat sedang khayal dengan minuman haram tersebut..

Berapa ramai dari kalangan kita yang minat terhadap sesuatu perbuatan atau hobi tersebut lantas meninggal dengan kelaziman ia melakukan perkara tersebut..

Kerana itulah, apabila kita di akhir solat, berdoalah semoga pengakhiran kita dalam keadaan sedang melakukan ibadah kepada allah..

ibadah itu besar …jika kau sedang ingin tidur dan membaca doa itupun sudah dikira sebagai ibadah …indahnya pengakhiran umat islam jika kita ketahui..

Betapa banyak mayat-mayat yang diuruskan di bilik jenazah, disaat matinya adalah ketika melakukan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupannya..memang kebiasaan jenazah yang diuruskan kerana kematian yang berlaku di wad,akan tetapi bagi jenazah yang meninggal di luar kawasan, kadang-kadang bila ditanya kepada waris apa punca atau sebab kematian, kita jadi agak terkejut kerana kematiannya berlaku disaat ia melakukan perkara yang apa yang lazim baginya..

Semoga pengakhiran hidup kita dengan HUSNUL KHATIMAH…

Namun ini hanya sekadar coretan pengalaman dalam bersembang dengan waris. sesungguh nya Allah maha pengampun .. Allah itu merahmati hamba-hambanya yang beriman. semoga pengakhiran kita nanti dalam keadaan kematian ketika beribadah.

أَللّٰهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَا تِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَا تِمَةِ

“ALLHUMMAKHTIM LANAA BIHUSNIL KHOTIMAH WALAA TAKHTIM ALAINAA BISUUIL KHOTIMAH”

Ya Allah akhirilah hidup kami dengan khusnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup kami dengan su’ul khotimah

sumber; www.hafaldoa.net, Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*