Bro Firdaus Wong – adakalanya mereka yang menentang dakwah kita sebenarnya sedang membantu dakwah kita

Firdaus Wong Wai Hung

Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Seorang lelaki berbangsa India berusia 50an telah mengucapkan dua kalimah shahadah selepas waktu Zohor tadi. Uncle Ravindran telah menzahirkan hasrat dia untuk memeluk Islam beberapa tahun kepada ahli keluarganya tetapi tidak tahu bagaimana & di mana beliau boleh melakukannya.

Beliau menceritakan kepada sahabatnya yang beragama Islam tetapi ada yang tidak endah walhal beliau melahirkan hasrat sambil menangis dan apabila beliau ceritakan kembali kisah itu kepada saya, meremang bulu roma beliau dan air mata juga bergenang kerana hasratnya memeluk Islam tercapai jua akhirnya.

Beliau dibawa oleh dua kenalannya ke Multiracial Reverted Muslim – MRM yang mengikuti video kami di YouTube dan di media sosial. 

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Saya pernah sebutkan sebelum ini bahawa adakalanya mereka yang menentang dakwah kita secara tidak langsung sedang membantu dakwah kita apabila mereka mempromosikan nama kita dan ‘SHARE’ video serta tulisan kita maka secara tidak langsung mereka yang tidak kenal dan tahu menahu tentang kami akan mula membaca serta menonton lebih banyak video kami. Alhamdulilah.

Uncle Ravindran telah memilih nama Muhammad Rafi Ravindran bin Ramananthy sebagai nama barunya. Selamat kembali kepada Islam Uncle Muhammad Rafi Ravindran.

sumber; Firdaus Wong Wai Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*