CUKAI HOMESTAY AKAN DIPERKENALKAN?

Tun Carlos

Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, Majlis Daerah Sabak Bernam bercadang mengenakan cukai terhadap semua pengusaha inap desa (homestay) sama seperti pengusaha-pengusaha hotel.

Katanya ia dapat membantu Kerajaan dan Majlis Daerah menjana sumber pendapatan tambahan pada masa depan.

Pengusaha (inap desa) tak boleh hanya mengaut keuntungan semata-mata, sebaliknya harus berkorban melangsaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Terdapat lebih 150 inap desa di daerah Sabak Bernam yang rata-ratanya diusahakan oleh bumiputera.

“Mengikut rekod yang saya ada, semua inap desa tidak dikenakan apa-apa lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan

“Ini menimbulkan rasa tak puas hati kepada pengusaha hotel yang berdaftar dan membayar pelbagai cukai kepada Kerajaan, tetapi inap desa dikecualikan, sedangkan mereka juga ada yang mendapat keuntungan tetapi tidak perlu membayar cukai, lesen dan sebagainya.

“Ini adalah tak adil dalam persaingan menjana industri pelancongan di daerah ini,” katanya.

sumber; Tun Carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*