[Video] Sheikh Dr. Ali Jumuah ditanya, apa yang dia akan lakukan jika ada pada hari Rasulullah ﷺ. hijrah ke Madinah? Jawapannya akan membuat anak MENA NGIS…

TVAlhijrah

Sheikh Dr. Ali Jumuah adalah di antara ulama tersohor dunia yang sangat dihormati dan disegani kerana kehebatan ilmunya. Pernah dalam satu tazkirahnya, beliau bertanya, apa yang anda akan lakukan jika ada pada hari Rasulullah ﷺ. hijrah/masuk ke Madinah?

Jawapan yang diberikan sangat menyentuh hati dan apa yang diperkatakan adalah hakikat sebenar bagi diri kita. Terlalu kerdil diri kita ini jika dibandingkan dengan keperibadian Rasulullah ﷺ.

Selawat dan salam buat Kekasih Allah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kongsikan dengan mereka yang anda sayang. Kita kejar Syurga Allah bersama-sama!

sumber; TVAlhijrah

Mari kita kenali tokoh yang sangat hebat ini dengan lebih dekat lagi…

BIODATA SYEIKH PROF. DR. ALI JUMA’AH

October 25, 2014 at 8:08 PM

Syeikh Ali Juma’ah Muhammad bin Abdul Wahab adalah Mufti Besar Mesir melalui badan fatwa Dar Al-Ifta Al-Misriyyah menggantikan Syeikh Ahmad Al-Tayyib. Beliau menjadi mufti semenjak tahun 2003. Di anggap sebagai pakar dalam perundangan Islam seperti Usul Fiqh dan mengikuti mazhab Syafie.

Selain sebagai mufti,beliau adalah seorang sufi dan Syeikh Tariqat Naqsyabandiyah yang berkelayakkan bagi membaiah murid ke dalam tariqat itu. SyeikhAli Juma’ah dilahirkan di Bani Suwaif pada 7 Jamadil Akhir 1371H / 3 Mac 1951.Beliau mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinannya.

PENDIDIKAN

Syeikh Ali Juma’ah mendapat pendidikan sekolah tinggi pada tahun 1969 dan mendaftar di Universiti Ain Shams, Kaherah. Beliau sememangnya sudah menghafal Al-Quran sejak kecil dan mendalami pengajian hadis dan hukum fiqh Maliki di waktu lapangnya ketika di university tersebut. Selepas menyelesaikan B.A dalam bidang Perdagangan di Aim Shams dalam tahun 1973, Syeikh Ali Juma’ah mendaftar untuk belajar di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta lulus pada tahun 1979.

Memandangkan beliau tidak mempunyai asas dalam pendidikan kurikulum sekolah tinggi Al-Azhar,maka dalam tahun pertama beliau terpaksa belajar dan menghafal segala teks-teks asas dan kitab-kitab turath dengan bersungguh-sungguh berbanding pelajar-pelajarlain yang sudah mempunyai asas kukuh. Beliau kemudian menyambung hingga ke peringkat M.A(1985) dan PhD(1988) dalam bidang perundangan Islam (Usul Fiqh) dan dengan lulus cemerlang juga di Al-Azhar.

TUGAS MENGAJAR

Syeikh Ali Juma’ah mengajar di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Beliau menjadi pensyarah di situ sejak mendapat M.A lagi sehinggalah dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada tahun 2003. Sebelum dilantik sebagai mufti oleh Presiden Hosni Mubarak, Syeikh Ali Juma’ah adalah professor usulfiqh di Universiti Al-Azhar. Sebagai tambahan beliau fasih berbahasa Inggeris dan beliau juga adalah bekas pengerusi Jabatan Perundangan Islam di Al-Azhar.

MEMBUKA KELAS PENGAJIAN DI LUAR WAKTUUNIVERSITI

Syeikh Ali Juma’ah turut membuka kelas-kelas pengajian di luar sebagai tambahan pembelajarannya di universiti. Beliau membuka pengajian secara tradisi Islam (halaqah dan talaqqi)* yang diadakan di masjid iaitu 6 hari seminggu bermula terbit matahari sehingga sampai waktu tengah hari.

Beliau membuka membuka pengajian halaqah dan secara talaqqi ini sejak 1998 dengan tujuan bagi mengekalkan tradisi pengajian ini daripada lupus ditelan masa. Sistem pengajian ini memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid berbanding dengan sistem yang diamalkan di universiti. Katanya,

“Saya mahu mereka meneruskan tradisi membaca dan menggali ilmu dalam kitab-kitab klasik dengan cara memahami sebagaimana ia ditulis, bukan dengan cara mengikut pemahaman seseorang itu”.Selain itu, Syeikh Ali Juma’ah turut membaca khutbah Jumaat di Masjid Sultan Hassan, Kaherah sejak 1988 lagi. Sebelum itu, beliau mengadakan majlis ilmukepada masyarakat umum dengan diadakan sesi soal jawab berkenaan masalah perundangan Islam.

SyeikhAli Juma’ah adalah seorang ulama’ yang amat luas ilmunya. Dalam ilmu tafsirAl-Quran misalnya, dikatakan untuk satu ayat Al-Quran, beliau telah mengambil hingga beberapa hari bagi mengupas penafsirannya. Setiap halaqah berbeza perbahasan. Dalam satu ayat, beliau dapat mengupas mengenai hukum fiqh, tasawwuf, mukjizat Rasulullah SAW, saraf, tajwid dan lain-lain.

Ini menunjukkan bahawa Syeikh Ali Jum’ah adalah seorang ilmuan yang terulung dalam pelbagai disiplin keilmuan Islam termasuklah soal tasawwuf dan tariqat. Kedudukannya ini meletakkan beliau sebagai individu Islam yang ke-10 berpengaruh di dunia Islam.

PERLANTIKAN SEBAGAI MUFTI BESAR

Syeikh Ali Juma’ah dilantik sebagai Mufti Besar Mesir oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak bagi menggantikan Syeikh Muhammad Ahmad Al-Tayyib pada kahir September2003. Ini berikutan perlantikan Syeikh Ahmad Al-Tayyib ke jawatan Presiden Universiti Al-Azhar Asy-Syarif bagi menggantikan Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim.

Perlantikan ini melayakkan beliau bagi mengeluarkan fatwa dan menduduki Dar Al-Ifta (RumahFatwa) yang bertanggungjawab dalam isu-isu agama di mana secara purata hampir 5000 fatwa dikeluarkan dalam seminggu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, dengan dijawab melalui internet, telefon ataupun majalah dan dada-dada akhbar sama ada oleh beliau sendiri ataupun mufti-mufti yang lain.

KEISTIMEWAAN AKHLAK

Satu sifat istimewa beliau adalah beliau terus mengerjakan solat apabila mendengar azan walaupun didatangi oleh orang-orang besar ataupun berbincang hal yang penting. Pernah Syeikh Ahmad Hajin dalam pengajiannya (ketika itu beliau sedang mengajar tentang cara jalannya Rasulullah SAW) menyebut, “Syeikh kami, Syeikh Ali Juma’ah berjalan seperti Rasulullah SAW…”.

sumber; adab-ilmu-original