Dalam Kita Bergembira, Palestin Sedang Merana…

Nadir Al Nuri

Dalam keghairahan menyambut kemenangan menjatuhkan kerajaan lama, dan mempertahankan pilihan masing-masing, kita telah leka dengan apa yang bakal melanda Palestin pada hari ini.

Tahukah kalian, bahawa pada hari ini, dua peristiwa sangat besar akan berlaku di Palestin, satu di Tebing Barat dan satu lagi di Gaza?

Ya, pada hari ini kedutaan US akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Kota Al-Quds, memateri dan mengukuhkan tuntutan Zionis untuk menjadikan Al-Quds sebagai ibunegara mereka.

Dalam ucapan menyambut Jared Krushner dan isterinya Ivanka Trump, PM Israel Benjamin Netanyahu menyeru delegasi antarabangsa untuk menurut langkah US dan memindahkan kedutaan-kedutaan mereka ke Kota Al-Quds milik umat Islam.

Image result for kedutaan us dipindah ke baitul maqdis hari ini
Media Adil

Semalam puluhan ribu penduduk tanah haram Israel keluar ke jalanraya, memasuki kawasan penduduk asal Palestin dan berarak seronok di atas bisunya umat Arab dan umat Islam seluruh dunia.

Betapa mudahnya mencabul maruah ummah, hanya perlu berdepan dengan amukan sehari semalam, demonstrasi yang kelam dan usaha yang hangat-hangat tahi ayam, dan perkara yang ditangguhkan bertahun-tahun oleh presiden-presiden US sebelumnya kerana takutkan respons umat, berjaya dilakukan oleh Donald Trump dalam sekelip mata!

Sungguh, umat Islam umat yang mudah lupa!

Di Gaza pula, hari ini rakyat yang telah 12 tahun dikepung akan turun dalam perarakan aman terakhir The Great Return March bersempena ulangtahun peristiwa Nakbah esok.

Image result for the great return march

Ratusan ribu penduduk dijangka keluar ke lima titik di sepanjang sempadan Gaza-Israel, merempuh dan mencabut pagar pemisah dengan tangan-tangan mereka, berdepan dengan ‘sniper’ Zionis dengan dada terbuka, merelakan batang tubuh menjadi perisai dan korban, agar hak mereka kembali ke bumi asal yang dijajah diberikan perhatian.

Ya Allah! Berapa ramai lagi hari ini akan menjadi korban?

Betullah, hati ummah hanya boleh dijentik dengan kematian!

Seawal jam 10 pagi, dengan izin Allah saya mewakili kalian rakyat Malaysia pencinta Palestin akan menyertai ketumbukan ini, dan saya akan membawa pulang segenggam tanah bumi dijajah sebagai bekal disemadikan bersama di liang lahad sekiranya takdir membenarkan.

Buat kalian, agar bekal pahala berterusan, saya memohon kalian menjenguk beberapa laman yang kami usahakan, moga-moga meningkatkan semangat untuk berkorban.

Dan jika tidak keberatan, samada saya pulang atau tidak esok, sumbangkanlah seringgit dua kepada NGO kami, satu-satunya yang mempunyai wakil Malaysia di Palestin, sebagai tanda sokongan.

Moga doa kalian mengiringi setiap langkah pejuang pembebas Al-Aqsa, kiblat pertama umat, pada hari ini.

Laman projek Ramadhan Bersama Gaza :

Bazaar Ramadhan Gaza

Laman rasmi NGO Cinta Gaza Malaysia :

Cinta Gaza Malaysia – CGM

Laman video informatif hasil team CGM di Gaza :

Video Cinta Palestin

Perkongsian bahan bacaan dan kehidupan di Gaza :

Nadir Al-Nuri di Gaza

Sumbangkan sedikit rezki kurniaan Tuhan bersama anak-anak Gaza melalui akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826

Ketika masih bernyawa, saya boleh dihubungi melalui whatsapp

+60197095092 (Nadir Al-Nuri)
+60197095092 (Nadir Al-Nuri)
+60197095092 (Nadir Al-Nuri)

Pohon sangat disebarkan.

Nadir Al-Nuri,
3.20am Waktu Gaza,
14 Mei 2018
Gaza

sumber; Nadir Al-Nuri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*