‘Dari Kaki Bola Ke Kai Lima’ Kisah SE DIH bekas pemain kebangsaan yang kini jadi GELANDANGAN…

utusan online

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Siapa sangka seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam era 90-an yang dahulunya lincah beraksi di padang dan popular di hati ribuan peminat bola sepak tanah air kini terpaksa menjalani kehidupan sebagai gelandangan.

Itulah nasib duka lelaki ber­usia lewat 40-an itu ketika ditemukan Mingguan Malaysia di kaki lima di Jalan Hang Lekiu, dekat sini baru-baru ini.

Berbekalkan sebuah beg, tidur atas kotak…

Lebih memilukan, hanya berbekalkan sebuah beg berisi pa­ka­i­­­an, bekas pemain pertahanan yang turut pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu ditemukan sedang menyusun kotak untuk dijadikan alas sebelum melelapkan mata di kawasan berkenaan yang turut menjadi lokasi penginapan gelandangan di ibu kota ini.

Sungguhpun begitu, walaupun kelihatan agak lesu dan keletihan, lelaki tersebut masih mampu mengukir senyuman dan terus berkongsi tentang kisah hidupnya.

Kehidupan mula berubah selepas didiagnos sakit jantung…

Kata bekas pemain posisi pertahanan itu, kisah duka kehidupannya bermula selepas dia disahkan menghidap penyakit jantung sekitar 2009 sebelum dimaklumkan penyakitnya bertambah kronik sejak tiga tahun lalu.

Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu, penyakit tersebut menjadi kekangan kepadanya untuk mencari rezeki, malah mengakui pernah menjadi buruh selama setahun namun tidak dapat bertahan atas faktor kesihatan.

“Simpanan semakin ber­kurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini.

“Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan). Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang,” katanya.

Baca lagi di pautan di bawah…

Daripada kaki bola ke kaki lima

sumber; http://www.utusan.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*