Daulat Tuanku! Sultan Johor Arah Semua Ahli PBT Bukan Melayu Masuk Bengkel Penulisan Surat Rasmi

Royal Press Office (RPO)

*BERITA TERBARU DARIPADA SELATAN TANAHAIR*

DAULAT TUNKU!!
DAULAT TUNKU!!
DAULAT TUNKU!!..

Ruj kami : PMBJ/PBT/423/25 (07)
Tarikh : 26 Sept 2018

SEGERA

Kepada : SEMUA AHLI MAJLIS PBT BUKAN MELAYU

Tuan/puan,

PER: Arahan Hadir ke Bengkel Penulisan Surat Rasmi

2. Merujuk perkara di atas dan kenyataan murka oleh DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor di Facebook Rasmi Royal Press Office pada 25 / 09/ 2018 semalam berhubung tindakan seorang Ahli Majlis mengeluarkan Surat Rasmi tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan, adalah dimaklumkan bahawa satu Bengkel Khas Penulisan Surat Rasmi untuk SEMUA AHLI MAJLIS PBT BUKAN MELAYU akan diadakan pada ketetapan :

Tarikh : 29 Sept 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pejabat Dewan Bahasa Pustaka, Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Panel : Pakar Penulisan dan Persuratan

3. Sehubungan itu, kehadiran semua ahli Majlis PBT Bukan Melayu adalah WAJIB TANPA GAGAL. Bersama-samalah kita mengelakkan kenyataan murka oleh Tunku Sultan kerana perkara sedemikian amatlah memalukan kita sebagai pihak kerajaan yang mentadbir.

4. Pentadbiran ini tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatan tuan/puan sebagai Ahli Majlis di atas keengganan mematuhi apa-apa perundangan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

(YAB DATO’ OSMAN BIN SAPIAN)
Menteri Besar
Johor

s.k. – YB SUKJ
– Pengarah DBP Wilayah Selatan

*INI BARU BETUL*
*SEBAGAI WAKIL RAKYAT DAHULUKAN BAHASA MELAYU DLM KERAJAAN MALAYSIA*

*DAULAT TUANKU*
*HIDUP WARGA JOHOR*

sumber; Royal Press Office (RPO)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*