Dia Juga Berselipar Getah, Tanpa Pengawal Peribadi Membeli Barangan Di Sebuah Pasaraya

Mohd Azmi Mohd Azmi

Pemandangan sebegini memang sudah biasa di kalangan pemimpin PAS walaupun memegang jawatan sebagai ketua kerajaan sebuah negeri.

Semua sudah maklum tentang kezuhudan Allayarham Tok Guru Dato’ Bentara Kanan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kekal hidup seperti rakyat kebanyakan walaupun puluhan tahun menjadi MB.

Begitu juga dengan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga kekal di rumah lamanya walaupun menjadi MB Terengganu selama 1 penggal.

Oleh kerana sekarang ni viral sanbat pasal selipar getah PM Tun Mahathir, maka saya dengan bangganya ingin menyatakan bahawa MB Kelantan dah lama dah pakai selipar getah. Foto di bawah sempat dirakam oleh seorang netizen di sebuah pasaraya di Kelantan.

Image result for viral selipar getah tun dr mahathir
Astro Gempak

Sedikit catatan lama dari Rossem tentang D.A.Y…

SETIAP orang mimpikan sebuah rumah gadang (besar/ mewah) tempat istirehat keluarga dengan taman yang indah dan punya kolam renang yang cantik. Tapi tak semua orang memilikinya walaupun diketahui punya kemampuan pada hitungan zahirnya.

Suatu sore,  seminggu  selepas PRU13, saya berkunjung ke rumah Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik, Datuk Haji Ahmad Yakob di kampung  Alor Pasir, Wakaf Bharu. Oleh kerana sudah mengetahui kondisi rumahnya sedemikian rupa,  justeru saya tak terkejut. Sebuah rumah kayu (papan)  beratap asbestos yang amat sederhana, model tahun 1980an, bercat hijau, dengan halaman yang sempit,  langsung tak menggambarkan sebuah rumah yang dimiliki seorang bernama Menteri Besar.

 

 

rumah_mb
abunuha.wordpress.com/

 

Benar, Ustaz Ahmad Yakob atau akrab Ustaz Mat saat saya mengunjungi rumahnya baru kurang lebih seminggu menjadi Menteri Besar Kelantan, tetapi sebelum itu ia menduduki jawatan Timbalan Menteri Besar selama  sembilan tahun (2004 – 2013), kalau mahu bikin rumah mewah juga bisa, tapi tak dilakukannya.

Image result for ustaz ahmad yaakob berbasikal ke masjid

Melihat kondisi rumahnya, teringat akan rumah kediaman Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka. Sebuah rumah lama dibina dari kayu, bercat hijau. Rumah  Ustaz Mat juga mirip rumah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sedikit tambahan konkrit di bahagian dapurnya.   Realitinya, bukan itu saja,  bahkan banyak lagi rumah- rumah kediaman kelas rakyat marhaen yang menjadi tempat tinggal  wakil-wakil rakyat PAS bersama keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*