Disedikan untuk jadi Muslim sejak kecil oleh ibu bapa yang belum Muslim…

Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Alhamdulilah Alhamdulilah Allahuakbar…

Kieran dari Chesterfield, UK telah mengucapkan dua kalimah shahadah sebelum solat Asar tadi.

Beliau membawa bersama saudaranya, Sam yang telah 4 tahun menjadi pensyarah Bahasa Inggeris di Malaysia.

Rupanya sejak kecil, ibubapanya seolah-oleh telah menyediakan beliau untuk memeluk Islam. Kieran telah dikhatankan sejak kecil lagi.

Pada hari jadinya tahun ini, ibunya yang Belum Muslim telah menghadiahkan terjemahan Al-Quran berbahasa Inggeris kepada beliau. MashaAllah. Seorang ibu Belum Muslim menghadiahkan Al-Quran kepada anaknya yang juga Belum Muslim pada waktu itu.

Kieran yang baru sampai di Malaysia untuk bercuti semalam mengambil keputusan untuk memeluk Islam atas dorongan Dato Zaim, jemaah Masjid Bukit Indah, Ampang. Alhamdulilah

sumber; Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*