(Video) Dr. Kamarul Zaman Yusoff – Nasihat Mufti Perlis Menjelang PRU 14 Mengundang Fitnah?

/www.mynewshub.cc

KUALA LUMPUR – Pelik mengapa Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat sindiran yang boleh mengundang fitnah sedangkan beliau sering meminta masyarakat tidak terbabit dengan penyebaran berita berunsur fitnah.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sindiran Mufti Perlis iaitu orang yang “curi RM5 bilion” dan orang lain yang “cium tangan orang yang curi RM5 bilion” sangat mudah difahami berdasarkan senario (politik) semasa.

“Tidak dinafikan sindiran ini dibuat dalam konteks untuk menjelaskan pemilihan pemimpin sepatutnya dibuat diatas isu yang membabitkan kepentingan awam dan bukan isu yang membabitkan dosa peribadi.

“Begitupun, sindiran yang dibuat sangat tidak wajar kerana boleh mendatangkan fitnah” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Justeru, Kamarul mempersoalkan mengapa Mufti Perlis sejak kebelakangan ini gemar membicarakan persoalan politik dengan menyindir pemimpin negara.

Menurut beliau, sindiran itu pula akan segera disambar oleh portal-portal berita propembangkang.

“Seingat saya, di negara mutakhir ini, pembelaan dosa peribadi lebih dikaitkan dengan perjuangan G25, IRF serta pemimpin seperti Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Walau apa pun, semakin lantang dan berani juga nampaknya Mufti Perlis ini,” katanya.

Sebuah portal berita semalam melaporkan Mufti Perlis mengkritik masyarakat kerana lebih mementingkan isu dosa peribadi pemimpin sedangkan hal itu hanya melibatkan si pendosa dengan Tuhan yang tidak perlu dihebohkan.

“Bagi masyarakat kita, dosa peribadi besar, tetapi dosa yang membabitkan umum dibiarkan. Kalau curi RM5 bilion tak mengapa dan masih boleh cium tangannya,” kata Mufti Perlis. – Mynewshub.cc

sumber; www.mynewshub.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*