Dr Rafidah – EXTRAJOSS, minuman tinggi gula & berkalori tinggi, tidak sesuai untuk kesihatan!

Rafidah Abdullah

Di laman Twitter ada yang bertanya saya tentang minuman ini. Terkejut saya, bila dikatakan ianya boleh didapati di kedai mamak; lepas itu tambah susu pekat manis & entah apa lagi. Katanya ibubapa pun beri ini untuk kanak-kanak.

Eh, dah kenapa pulak ? Anda lihat ada ginseng, aspartame bagai yang tidak diperlukan. Kalorinya saya pasti tinggi juga. Aduh. Saya difahamkan ianya minuman biasa yang digunakan oleh pekerja-pekerja berat (buruh) di Indonesia. Ini pun kita tak tahu akan keselamtan minuman “energy boost” macam ini.

Yang anda minum suka-suki nak buat apa?

Tak boleh ke minum air biasa, air kosong, tanpa kalori. Agaknya ini lah salah satu sebab masalah obesiti dan Kencing Manis makin meningkat di golongan kanak-kanak dan yang muda.

Minum air kosong.
Minum air kosong.
Minum air kosong.

Saya lari full marathon (42km) pun minum air kosong jek.

Susah sangat ke?

sumber; Rafidah Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*