Dr Suhazeli; Amalan KHITAN bayi perempuan di Malaysia berbeza dengan definisi KHITAN WHO

Dr Suhazeli Abdullah

Penjelasan dari Dr Suhazeli…

Isu khitan anak perempuan dihangatkan semula sejak akhir-akhir ini. Perbahasan yang dikemukakan itu merujuk kepada definisi khitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membahagikan khitan kepada 4 kategori.[1] Potong Kemaluan Perempuan (Female Genital Mutilation) seperti yang digambarkan oleh WHO itu tidak sama dengan khitan alam melayu Islam di sekitar Nusantara ini. Tulisan ini merujuk kepada amalan khitan sekitar nusantara.

Tiada satu standard khusus kaedah khitan yang pernah dicatat. Selain dari benua nusantara, khitan bayi perempuan ini banyak dilakukan di beberapa negara muslim benua Afrika. Adakah kedua-kedua benua itu melakukan khitan bayi perempuan dengan kaedah yang sama?

Kategori khitan wanita yang WHO nyatakan itu sudah terkeluar dari amalan tradisi negara Malaysia sejak sekian kurun lamanya, di mana amalan tradisinya melukakan sedikit kelentit dengan jarum atau pisau khas. Ringkas sahaja tanpa perlu memotong keseluruhan kelentit, atau memotong kemaluan dalam (excision labia minora) atau kemaluan luar (infibulation labia majora) sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah tradisi arab Afrika.

Amalan FGM itu agak keterlaluan sehingga menimbulkan fobia dikalangan anak gadis mereka. Kami juga melarang teknik berkenaan diamalkan dalam negara kita.

sumber; Dr Suhazeli Abdullah

Antara Khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh umat Islam dan amalan Hindu semasa Thaipusam ini mana lebih bru tal?

Khitan tuntutan agama kami,Islam, dan amalan2 cucuk2 ini kepercayaan agama kamu, Hindu…
Ada ke kami menuntut agar amalan kamu diharamkan? Ada ke kami umat Islam minta kepercayaan kamu diharamkan dikategorikan sebagai jenayah penderaan tubuh?

Jadi….???? “Lakum diinukum waliyadiiin”…. “Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami”… Kuffar jangan sibuk urusan agama kami,Islam…

link sumber; Abu Ali Akram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*