Dulu, sewaktu kecil urut kaki ayah 5 minit dah penat tapi sekarang walau dah 1 jam, tangan ini masih belum mahu berhenti…

Amirussalihin Hj Ludin

Dulu urut kaki ayah 5 minit kerana kononnya sudah penat…

Dulu waktu kecil ayah selalu suruh urut kaki dia.. boleh kata setiap kali slps solat mgrib berjemaah dia akan baring atas sejadah minta aku dan abg aku Mohd Khairil Ihsan urut kaki dia..lenguh katanya selepas penat motong getah di siang harinya..

Dan biasanya selepas 5 minit aku urut aku dah start mengeluh xmau urut dah sbb penat.. yalah dlu kaki ayah kuat..xterasa tulang sbb isi betisnya tebal dan kejap..memang seksa nk mengurut.. ayah kata kalau lenguh dahla.. Itu dulu…

Tapi sekarang.. kaki yg dh lama aku tak belai tak urut..makin lemah langkahnya..makin tua..urat yg timbul tak bermaya gayanya..

Sekarang tiada alasan untuk berhenti walaupun dah urut 1 jam…

Ayah minta urut sementara dia lelapkan matanya untuk tidur..apa yg aku dapat rasakan kakinya tidak lagi gagah spt dlu..bunyi geseran tulang setiap kali aku memicit-micit.. sesekali dia mengerang sakit bila aku picit kuat sikit..jelas sekali uzur dan tiada lagi daya dan keringat.

Inilah kaki yang membesarkan kami 11 beradik…

Tiada lagi alasan untuk aku mengeluh walaupun hampir sejam aku mengurut kaki dan seluruh badannya.. Kaki inilah yg menggerakkan seluruh keringatnya utk mencari rezeki menyara keluarga dan membesarkan kami 11 beradik..

Sesungguhnya Ya Allah aku bersaksi bahawa ayahku telah menunaikan amanah dan tanggungjawabnya kpd kami sekeluarga dgn baik dan sempurna..

Maka ya Allah kau berikanlah kesembuhan kepadanya agar dia dapat meneruskan sisa-sisa umurnya untuk beribadah kepadaMu..amin ya Rabb

Image may contain: one or more people and stripes

Masih berpeluang berbakti kepada ayah…

Alhamdulillah.. Allah berikan peluang kpd ku utk berbakti menjaga ayah di hospital.

Ayah saya terkena serangan jantung dan mengalami sedikit kerosakan buah pinggang.. Mohon doa tuan/puan agar Allah berikan kesihatan yg berpanjangan kpd ayah saya..

sumber; Amirussalihin Hj Ludin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*