Eksklusif dari Syahril A. Kadir; EKSKLUSIF TAHUN 1969: KEMUNCULAN MAT KILAU – ” Gabenor Clifford halau saya…panggil saya babi lemak “

Syahril A. Kadir

EKSKLUSIF TAHUN 1969: KEMUNCULAN MAT KILAU

AKHBAR Utusan Melayu dan Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama di negara ini yang menemui Mat Kilau untuk mendapatkan temu bual secara eksklusif dengannya selepas kemunculan semula pahlawan Melayu itu.

Wawancara eksklusif yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 29 Disember 1969 itu bertajuk Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup hasil laporan Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.

Dalam wawancara itu, Mat Kilau memberitahu, beliau menukarkan namanya kepada Mat Siam kerana dititahkan oleh Almarhum Sultan Abdullah apabila baginda menitahkannya berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan sekitar 1927.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and table

Image may contain: 7 people, people sitting

Image may contain: one or more people

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Aki memberitahu, baginda bertitah demikian kerana bimbang orang-orang Inggeris yang masih berkuasa di Pahang ketika itu mengetahui dirinya masih hidup.

Dalam pada itu, beliau turut menyingkap semula kisah-kisah hidup dan perjuangannya suatu ketika dahulu.

Menurutnya, dalam peperangan Kuala Lipis-Budu, beliau telah membunuh sepasukan tentera upahan Inggeris terdiri daripada orang-orang Sikh di Kuala Tembeling.

“Perang itu sangat dahsyat. Aki terpaksa menghadapi hujan peluru yang ditembak oleh tentera tersebut,” katanya sambil memberitahu bahawa beliau menggunakan sundang dan beberapa senjata lain dalam perang tersebut.

Ditanya mengapa meninggalkan Pahang setelah berpecah dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau terdiam seketika sebelum memberitahu beliau sebenarnya telah dihalau oleh pentadbir British, Sir Hugh Clifford.

Clifford katanya bertindak biadab dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘babi lemak’.

“Sejak itulah Aki merantau dari kampung ke kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Panar dan Kampung Jambu di Pattani, Siam. Di situ Aki menjadi guru silat,” katanya.

Image may contain: 1 person, standing, tree, plant, outdoor and nature

Beliau meninggal dunia setelah 10 hari kerajaan Pahang mengesahkan identitinya pada 16 Ogos 1970 di Batu Lima, Jalan Gambang, Kuantan ketika berusia 122 tahun. Di rumah itu juga Mat Kilau menetap selama 43 tahun sejak 1927 dengan menggunakan nama Mat Siam@ Mat Din Ibrahim bagi mengelak dikesan oleh Inggeris.

sumber; Syahril A. Kadir