FIRASAT BAPA BENAR .. ANAK LELAKI TERKORBAN SUPERBIKE NYA KEMALANGAN PAGI JUMAAT (6 FOTO)

www.accidentportal.com

Kemaman : Firasat apa yang dirasa seorang ayah sebulan lalu kini benar, perasaan pelik dan tidak sedap hati didalam diri nya sejak sebulan lalu kini benar-benar berlaku apabila salah seorang ahli keluarga nya pergi buat selama nya hari ni.

Anak lelaki Ngah  merupakan seorang pengurus projek di sebuah syarikat kontraktor petroleum maut setelah terjatuh daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya di kilometer 317.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Md Sendee @Zailani Ngah, 41, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Paka meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim memberitahu ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CBR juga dikatakan berhasrat bertemu rakan – rakan kelab motosikal yang menunggunya di Kuala Terengganu selepas selesai menguruskan tugas.

Ketika dihubungi beliau memberitahu, apabila melalui satu selekoh, motosikal mangsa dikatakan merempuh lopak menyebabkannya hilang kawalan sebelum melanggar besi penhadang jalan di kiri lebuh raya.

“Motosikalnya terbalik dan mangsa turut terseret sejauh 64 meter ke kiri lebuh raya tersebut “ katanya.

Menurut beliau, pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerteh yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Semoga bapa ini dan seluruh keluarga tabah dengan permergian anak tersayang di pagi jumaat yang mulia pergi dengan tragis akibat kemalangan. Al fatihah.

sumber; https://www.accidentportal.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*