(Foto & Video) Kerana istikharah kita bertemu❤️ – Da’i Hamidah Sah Jadi Milik Orang

Dai' Hamidah

Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)

Semoga perkahwinan ini menjadikan kita lebih baik dan kehidupan lebih diberkati,dirahmati serta diredhoi oleh Allah SWT . ” Terima kasih kerana sudi menerimaku menjadi suri hatimu ” ❤️ u syggggg ( Salman )

 

Image may contain: 2 people, wedding and flower

Image may contain: 2 people, people smiling, flower and wedding

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing, wedding and outdoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Alhamdulillah
Kerana istikharah kita bertemu❤️
Mudahan2 cinta selepas nikah ni membawah barokah

” Pilihan hati belum tentu baik, pilihan keluarga mungkin baik, tetapi pilihan Allah senantiasa terbaik in sya Allah ”

 

Image may contain: 2 people, wedding

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting

Kemeriahan kenduri kahwin Dai Hamidah ini ditambah lagi dengan segala persiapan memasak adalah hasil kerjasama penduduk kampung sendiri.

Ini yang dirakamkan di dalam fbnya;

Saya mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada warga kampung saya yang bertungkus lumus menyediakan juadah dan membantu menjayakan majlis walimah saya.

Sebak plak tengok kesungguhan orang kampung datang membantu 😢. Inilah sikap orang kampung yang menjadikan mereka luar biasa,sikap tolong menolong,saling bekerjasama. Kami bagaikan keluarga👨‍👩‍👧. Terima kasih sangat2. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian.

Teringat masa kenduri kesyukuran program Dai dulu pun mereka2 lah yang bersungguh membantu menjayakan apa2 sahaja majlis yang diadakan di rumah saya SubhanaAllah. Walaupun kenduri walimah saya tiada abah disisi tetapi dengan melihat kemeriahan kerjasama orang kampung cukup membahgiakan saya. Saya teramat bersyukur dilahirkan sebagai anak kampung🌾😍
Mudah-mudahan kampung kita aman damai penuh rahmah & sakinah❤️ . Semoga Allah merahmati serta memberkati kalian sekelurga🌸
#anakkampung

 

Image may contain: 3 people, plant, tree and outdoorImage may contain: 1 person, sitting and shoes

Image may contain: 5 people, people sitting

Image may contain: 3 people, outdoor and food

Mari kita saksikan sedikit rakaman video majlis perkahwinan tersebut…

sumber; Da’i Hamidah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*