(Video) Gempa bumi makin menghampiri kita, apa masih ada doa orang soleh di malaysia…?

Cikgu Zahran

Kejadian gempa dan tsunami di Palu Sulawesi sangat menakutkan kita. Jaraknya dah tak jauh dari Borneo. Kematian hampir mencecah 400 orang. Video yang kita saksikan sangat mengerunkan. Bagaimana ombak setinggi 6 kaki membadai daratan. Hancur musnah semuanya. Mayat bergelimpangan.

Malaysia ni masih selamat kerana di luar lingkaran api pasifik. Jauh dari pusat gempa. Tapi jangan lupa sejak 2007, lebih 40 gegaran telah melanda Malaysia. Paling kuat berlaku di Ranau Sabah pada 5 Julai 2015 dengan magnitud 6.0 skala richter. Gempa lemah pernah di kesan di Tasik Kenyir, Janda Baik dan Bentong malah di Manjung Perak.

Kalau tengok peta gempa sejak 40 tahun dulu, hampir semua tempat di Indonesia pernah gempa..cuma di Malaysia masih selamat. Tapi kita tak tau bila Allah nak uji kita dengan kejadian macam tu. Dengan kita punya perangai dan sikap. Aku pun bukan baik sangat. Tapi cuma nak peringat saja. Dengan kelaku kita, dengan liberalnya..dengan duk berkelai pasal politiknya…sampai masa Allah murka..naya kita.

Kita masih selamat kerana ada doa orang soleh yang dimakbulkan. Sebab tu kita kena angkat para alim ulamak ini di tempat yang tinggi. Kalau tak kerana doa ini mungkin sudah lama Allah turunkan bala yang pedih.

Surah al–An’aam Ayat 65

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ
“Katakanlah (Muhammad), ‘Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu, dari atas atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebagian kamu keganasan sebagian yang lain.” Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kekuasaan Kami) agar mereka memahami(nya)’.”

Semoga kita ambik iktibar. Aku pun sama. Ingat mengingati amat berguna bagi orang mukmin. Bukan pasal kita baguih ka dak. Semoga Allah selamatkan negara kita dan dilindungi dari kemurkaanNya.

Takziah untuk mangsa di Palu. Dengar khabar mayat masih tak dapat urus. Makan minum dan air bersih tak ada. Jom kita bantu sorang sikit. Keadaan katanya sama macam tsunami Acheh. Wallahualam.

link sumber; Cikgu Zahran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*