Hebahan Mesra : Pengambilan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 2018 dalam skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT

sekadar hiassan - KPT

*Hebahan Mesra : Pengambilan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 2018 dalam skim Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)*

Temuduga bagi urusan pengambilan skim PPPT akan diadakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Aras 1, Presint 1, 62526, Putrajaya.

Bagi yang berminat dan mempunyai pengalaman dalam bidang industri, kami mengalu-alukan tuan/puan untuk memohon menjadi pensyarah dalam skim PPPT DH29 / DH41.

Tuan/puan boleh membuat permohonan pengisian jawatan kosong di laman web rasmi kami

www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan :
1) Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi – DH29
2) Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi – DH41

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di talian 03-8871 7300 atau melayari www.spp.gov.my

Sekian, terima kasih.

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan mengadakan urusan temu duga jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 untuk penempatan politeknik di Semenanjung Malaysia yang akan diadakan pada 13 Disember 2017.

Calon-calon yang dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon yang mempunyai kelayakan dari bidang-bidang seperti Perkapalan, Insuran, Teknologi Makanan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Pelancongan, Akuakultur, Petrokimia/ Kimia & Proses, Kesetiausahaan, Rekabentuk Grafik & Media serta Agroteknologi.

Calon-calon perlu melayari portal https://www.spp.gov.my/ dan merujuk kepada iklan yang dipaparkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual temu duga, keperluan dokumen dan syarat-syarat menghadiri temu duga.

JobsMalaysia (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majik…
JOBSMALAYSIA.GOV.MY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*