Hebatnya Kuasa Allah, 21 Gambar Pertumbuhan Janin Dalam Perut Yang Sungguh Menakjubkan!

Lennar Nilsson

Seorang jurufoto Lennar Nilsson telah merakam kehidupan janim bermula dari dalam rahim ibunya dengan bantuan cystoscope, alat perubatan yang digunakan untuk memeriksa kandungan bayi.

Ini kami kongsikan proses perkembangan dan pertumbuhan Janin dalam kandungan yang sememangnya menakjubkan.

1. Jutaan sel sperma akan bersaing dan bergerak disepanjang tiub fallopio menju ke sel telur. Dari ribuan sel sperma yang bersaing hanya aka nada satu sahaja sperma yang berjaya menembusi dinding sel telur

2. Ini adalah gambar sel telur dalam rahim ibu, ia kelihatan seperti lingkaran sinar yang mengelilingi matahari. Setiap bulan hanya akan ada satu sahaja sel telur yang dikeluarkan oleh ibu dan kedudukannya tidak tentu di antara saluran rahim kiri atau pun kanan.

3. Dan ini adalah sperma hero yang berjaya sampai ke garisan penamat dan melepasi dinding sel telur.

4. Sperma ini akan masuk kedalam sel telur dengan membawa genetic ayah yang akan disatukan dengan genetk ibu.

5. Jika dilihat dengan teliti, kandungan genetik dibawa oleh sel sperma di bahagian kepalanya.

6. Selepas berusia dua minggu, sel pembuahan pula berlaku dan sel telur akan berubah menjadi embrio. Embrio ini kemudian bergerak melalui tiub falllopio dan menempel pada dinding rahim.

7. Ini adalah penampakkan embrio setelah 22 hari selepas pembuahan berlaku, bahagian berwarna kelabu adalah bakal menjadi otak janin.

8. Pada minggu kelima, jantung janin akan mula terbentuk begitu juga dengan sistem pendarahan.

9. Minggu ke – 6, saluran saraf sepanjang punggung janin telah tertutup. Jantung mula berdetak, sistem pencernaan dan penafasan mula dibentuk, pucuk – pucuk kecil akan berkembang menjadi lengan kaki.

10. Ini adalah penampakan bakal wajah kandungan anda dengan bukaan mata, hidung dan mulut.

11. Sel –sel luaran janin bergabung dengan permukaan dinding uterus untuk membentuk plasenta.

12. Di minggu ke – 8, hidung, bibir, mulut serta lidah mula terbentuk. Anggota tangan dan kaki juga terbentuk tetapi masih tidak sempurna.

13. Usia 10 minggu, kelopak mata kandungan anda sudah terbuka separuh dan ia akan sempurna dalam masa beberapa hari.

14. Pada usia ini, kandungan anda sudah mula menggerakkan tangannya.

15. Di minggu ke 15, kulit bayi masih nipis sehinggakan pembuluh darahnya kelihatan di permukaan kulit.

16. Beginilah kelihatan saluran pembuluh darah bayi kandungan anda.

17. Di minggu ke 18, janin sudah boleh mendengar dan melihat cahaya yang yang ditempelkan di perut.

18. Pada usia 19 minggu, saraf otak bayi mula berfungsi dan bayi mampu membuat gerakkan seperti menghisap ibu jari.

19. Di usia 20 minggu, ketinggian bayi mencecah 20cm dan rambut pun mula tumbuh.

20. Wajahnya sudah kelihatan jelas.

21. Berusia tepat 36 minggu, organ dalam tubuh sudah berfungsi dengan baik dan menunggu masa untuk melihat dunia luar.

link sumber; kisahzakatmalaysia.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*