(Video) Huh! Kecoh 1 Malaya Video Tular Cacing Dalam Kepala Udang – Ini Jawapan Jabatan Biosekuriti Perikanan Selangor

Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor

PEMERIKSAAN SAMPEL UDANG DI SELANGOR

Ringkasan laporan:

(1) Pihak PBPS telah menjalankan pemeriksaan sampel udang pada 13 Ogos 2018 berikutan isu video viral penemuan ‘parasit’ dalam udang

(2) Sehubungan itu, tiga orang kakitangan PBPS telah mengadakan siasatan di dua lokasi berbeza di Selangor

(3) Temuramah dengan pihak ladang dan peniaga udang di lokasi siasatan mendapati tiada penemuan ‘parasit’ seperti didakwa dalam media sosial.

(4) Sampel udang spesies yang sama seperti diviralkan, Penaeus vannamei (Whiteleg shrimp) diambil dari dua lokasi tersebut dan dibawa ke Makmal Parasitologi PBPS.

(5) Bedah siasat pada bahagian cephalotorax semua sampel mendapati, tiada parasit ditemui sebagaimana yang diviralkan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Negeri Selangor, KLIA
13 OGOS 2018

Tonton video;

 

“Objek putih seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang tersebut diyakin BUKAN cacing sebaliknya kelongsong spermatozoa (spermatid) daripada udang matang jantan,” kata DOF lagi.

Sebelum dikeluarkan, DOF berkata ia tersimpan dalam kelongsong panjang, mirip kepada bentuk seperti cacing. Sperma ini biasanya dipindahkan daripada udang matang jantan kepada udang betina dimana tenik aruhan yang sering digunakan penternak akan mengeluarkan kelongsong sperma tersebut sebelum membenam pada spesimen betina.

”DOF berharap orang ramai tidak khuatir terhadap pengeluaran udang daripada sumber auakultur,” kata kenyataan media itu lagi.

Bagaimanapun DOF menasihatkan pengguna mengelak daripada memakan bahagian kepala udang secara kerap disebabkan bahagian tersebut mengandungi perut utama yang menerima dan menyimpan pelbagai sumber organik.

DOF juga berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti penternakan akuakultur tempatan bagi memastikan ia bebas daripada pencemaran dan selamat untuk dimakan.

Sumber : Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor & Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*