‘Ibu?, Dimana Ibu?’ Kisah Sedih Paramedik Di Bilik Kecemasan Merawat Kes Kemalangan Ngeri Buat Netizen SEBAK

FB

*Tak sedar air mata admin mengalir di subuh ini*

Sekadar Bercerita… petang ini aku bertugas di zon kritikal (redzone) … Alhamdulillah, permulaan syif suasana redzone tidak sibuk, cuma ada satu pesakit sahaja, kebiasaan, di penghujung Ramadhan,beginilah suasananya. Paramedik yang bertugas di syif petang zon kali ini adalah aku, PPP Masri Irani, PPP Hasanah (macam nama anak sulung aku. Beliau PPP yang baru ditukarkan dari jabatan kecemasan Hosp Kuala Pilah) dan staff nurse kak Jessica Nur Farzana

Sedang kami santai bertugas dengan suasana yang agak tenang itu, Dr Muzi memaklumkan kami bahawa baru dapat terima panggilan dari MECC mengatakan ada satu kes bakal tiba di redzone. Kes kemalangan yang melibatkan kenderaan MPV Grand Livina terbabas dan terlanggar pembahagi jalan (divider).

Image may contain: outdoor

Mangsa yang kritikal seorang perempuan berumur lingkungan 37, kes polytrauma( multiple traumatic injury), unconcious..semestinya GCS 3/15…petugas PHC yang respon kes itu tengah buat CPR dan LMA telah dimasukkan bagi menyalurkan oksigen yang dibagging.

Kalau kes polytauma, memang kami akan akan diuji kesibukan yang sangat penat dlm mengendalikannya. Tanpa membuang masa kami agak kelam kabut terus bergegas menyediakan katil, peralatan intubasi berada pada tahap kompetence, sediakan ubat IV Adrenaline dan bag valve mask( BVM).

Sementara standby menunggu kes itu, kami terima satu kes yang lain terlebih dahulu yang dihantar oleh orang ramai, kanak2 berumur 4 tahun yang kepatahan tulang peha.  Selepas history taking diambil, rupa2nya kanak2 itu adalah anak kepada perempuan yang bakal menyusul nanti. Budak itu berada dalam kesedaran yang baik cuma lehernya dipakai servical collar.

Image may contain: dog, car and outdoor

Kira2 jam 6.45 petang, loceng dibunyikan menandakan ada kes emergency yang merupakan perempuan itu dibawa oleh PHC ( Pre Hospital Care) telah tiba. PPP PHC Ain Farhana dan PPP Danish menolak trolley dengan laju sambil tangan tengah bagging ETT Tube mangsa sambil menolak trolley, PPP Danish buat CPR dengan gunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi mengawal trolley.

Mereka tampak keletihan. PPP Danish mengatakan di scene, mangsa telah asystole dan CPR telah dibuat di lokasi kejadian sehingga didalam ambulans…beliau juga mendakwa, pihak bomba di lapangan tersebut mengatakan sebelum ketibaan Ambulan HTAA, mangsa didapati tercungap2.

Menurut PHC Team, mangsa bersama suami dan dua orang anak menaiki Grand Livina merempuh pembahagi jalan akibat hilang kawalan pemanduan. Pembahagi jalan tersebut merempuh cermin hadapan sebelah pemandu sehingga menembusi belakang cermin.

Ketika itu isteri memangku anak yang 4 tahun tu dan anak yang seorang lagi berumur lbh kurang 10 tahun berada dibelakang. Kuasa Allah, sang suami tidak mengalami kecederaan parah sekadar luka tercalar sedikit. Begitu juga anak dibelakang. Suami isteri tersebut merupakan ustaz (juga imam) dan ustazah di sekolah dan kawasan perumahan tersebut.

PPP Masri Irani terus menyambung CPR setelah cardiac monitor dipasangkan dan cardiac monitor masih memaparkan asystole yakni straight line menandakan sudah tiada nyawa. Kami tetap tak putus asa, aku cuba memasukkan branula bersaiz besar iaitu 16 G di antekubital fossa kerana di lengan bawah sudah collapse veinnya.

Setelah itu, darah diambil dan IV Adrenaline diberi setiap 3 minit melalui branula itu. Staff Nurse kak Farzana kalut menyediakan IV Sodium Bicarbonate 100 ml dan IV Calcium Gluconate 10 ml untuk diberikan secara bolus. Melihatkan PPP Masri irani hampir tak larat, aku menggantikannya membuat CPR dan beliau menggantikan bagging BVM.

PPP Hasanah juga menggunting pakaian pesakit agar tampak lebih jelas luka2 yang masih tersembunyi. Ketika kubuat CPR, ku perasan diperutnya rasa sangat lembut, seolah2 ada air sahaja tanpa rasa organ didalam. Mungkin intra abdominal injury.

>Aku pandang wajahnya, di bahagian dahi ada luka yang sangat besar sehingga hampir menampakkan bola mata dan lehernya terliuk2 walaupun pakai servical collar. Aku kira ada kepatahan di tulang cervicalnya yakni tulang leher.

Kami membuat CPR bergilir2 dan memasukkan medication yang pelbagai sehingga jam 7.50 pm. Ketika itu kami semua tak sempat berbuka puasa lagi. Dr Muzi pun pronounced death jam tersebut kerana tiada tanda2 kehidupan sama sekali.

Hear rate masih tak dapat, tekanan darah juga tak dapat, begitu juga dengan saturation oksigen juga tak dapat. Setelah itu,baru kami berbuka dengan kurma dan seteguk air. Kami pun menuju kearah kanak2 itu yang berada selang dua katil dari ibunya yang telah meninggal dunia. Kanak2 itu sedang baring diatas katil dengan dipakaikan cervical collar.

Aku percaya dia masih tak tau tentang ini. Semua soalan yang ditanya perihal diri dan kemalangan, semuanya dapat dijawab walaupun baru berusia 4 tahun. Kanak2 itu pun mula bertanya,” ibu mana? ibu mana?”. Aku pandang wajah kak farzana, matanya mula berkaca2. Kak farzana memandang wajah PPP Masri irani dan PPP Masri pandang pula wajah PPP Hasanah.

Kami berpandangan antara satu sama lain, keadaan hening seketika… Aku membuka mulut,” ayah selamat. Ayah ada kat luar nanti dia masuk”, kucuba alih jawapan. Sekali lagi dia bertanya,” ibu?mana ibu?”. Ketika itu kak farzana dah memusingkan badannya sambil menekup mulut. Sekali lagi aku rasa sedih, aku pun bercakap, “ayah ada kat luar. Itu kat luar ramai mak dan pak saudara adik tu. Nanti diorang masuk n tengok adik ye..” Dia menggangguk kepala…

Di penghujung Ramadhan ibunya meninggalkan anak itu, di akhir ramadhan juga isterinya meninggalkan suaminya. Memang benar, malang tidak berbau. Benar, begitu beruntung dia pergi di bulan yang baik ini, kalau sudah tertulis ajal, memang ianya akan menjemput tanpa lewat seminit,  tanpa diawalkan seminit.

Aku terfikir, bagaimana anak ini menghadapi Syawal dengan tiada ibu disisi? Siapa yang nak menyisir rambutnya?siapa yang nak mengancing baju melayu budak itu sambil bercanda? Tetiba aku teringatkan anak isteri dirumah. Sayangilah mereka sementara dipinjamkanNya, hargailah mereka sementara berkesempatan, gembirakanlah mereka sementara waktu masih ada. Jika Allah berkehendakkan orang yang kita sayangi, tangis air mata darah sekalipun ianya tak akan kembali.

Salam Ramadhan dan Salam Lailatul Qadar…

sumber : En. Khairul Nizam bin Mohamad.

* Berhati-hati lah semasa memandu pulang ke kampung. Ingatlah orang yang tersayang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*