Ibu kepada penunggang motosikal yang turut dibelasah peru suh Hindu tampil ceritakan keadaan anaknya…

Putera Aduka

 

SEJAK mula tersebar video dua orang budak menunggang motosikal dibelasah oleh perusuh ketika melalui jalan depan Kuil Sri Maha Mariaman, satu Malaysia tertanya-tanya apakah nasib mereka.

Hasil tinjauan aku di media sosial, tentang nasib dua orang budak tu, aku dapat maklumat kedua-duanya selamat.

Salah seorang sahabat kita bernama Shah Nizan di facebook memberitahu kedua-dua budak tersebut telah diselamatkan, difahamkan mereka dipukul tetapi tidaklah terlalu teruk.

Rupa-rupanya bukan anggota Bomba sahaja yang dilanyak tetapi 2 lagi lelaki Melayu turut diBELA SAH beramai-ramai oleh peru suh Hindu malam tadi.

sumber video; Putera Aduka

Shah Nizan turut berkongsi gambar mangsa.Sumber kedua, Suriani Hani mendakwa salah seorang budak yang kena belasah (berbaju merah) adalah anak dia.

Dakwanya, ketika kejadian anaknya itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.”Dia nak pergi kerja, lagipun itu laluan dia hari-hari pergi kerja,” tulis Suriani.Berhubung keadaannya pula, dia mengesahkan anaknya masih selamat dan sihat.

Kenderaan motorsikal yang baru dibeli, ditunggangi anaknya pula dikatakan hancur.”Okay dah tu, sakitlah tubuh kena pukul ramai-ramai ni, dah buat report semua dah,” katanya.

Image may contain: textImage may contain: text

sumber; Ciplak Street

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*